Deepavali Photowalk 2011
Assalamualaikum…
Apa khabar semua? KH hope semua sihat walafiat. im sure ramai still in mood malas nak kerja sebab semalam kan cuti Deepavali. Jangan malas-malas, sebab KH pun tak malas-malas lagi ni. Masih kuat bekerja. And im sure ada jugak ada di kampung skang ni, amik cuti panjang, alang-alang cuti masih banyak kan. habiskan cuti cecepat kak oi, tahun ni dah nak habis dah.
Di kesempatan ini, KH nak mengucapkan Happy Deepavali kepada semua rakyat di Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia, FInland, Ireland, United Kingdom, Amerika, Sabak Bernak, mahupun Ijok yang beragama Hindu. Hope celebration Deepavali korang tahun ni GRAND!
So kelmarin, yakni hari Selasa haritu, KH berkesempatan untuk menjalankan aktiviti ‘Deepavali Photography Outing’ anjuran LOULpop. Event ini more to photowalk, coz kitaorang semua berjalan-jalan di sekitar batu caves dan Brickfields, untuk merasai sambutan Deepavali di Malaysia pada tahun ini sambil klik klik kamea masing-masing untuk merakam detik-detik sepanjang sambutan Deepavali.
1st venue is Batu Caves. hmm, sampai sane, memang takde orang. Sebab dorang tutup kuil itu untuk preparation sambutan Rumah Terbuka yang akan di hadiri oleh PM kita di situ pada keesokkan harinya. klik klik sekeping dua, rombongan kami terus bergerak ke Brickfields.
Seorang lelaki dan seekor kucing sedang menuruni tangga di Batu Caves setinggi 272 anak tangga pada malam sebelum menyambut Deepavali. -KH/Malaysia
Bayang Dewa Subramania dibawah pantulan air di Batu Caves. -KH/Malaysia
Sesampai sahaja di Brickfields, kelihatan ramai orang disana. Meriah. Sama meriah seperti malam sebelum sambutan Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Kelihatan masyarakat hindu kebanyakannya, berpakai serba warna-warni, berjalan ramai-ramai kearah brickfiels, untuk membuat kunjungan disana. Katanya ada event seperti konsert sedang berlangsung. Tapi memang best sebab sepanjang jalan di Brieckfields itu dipenuhi dengan manusia. KH tanpa berlengah klik klik beberapa keping photo untuk tatapan anda semua.
Seorang pelancong kelihatan berjalan-jalan dicelah-celah ribuan masyarakat hindu membuat persiapan terakhir sebelum Hari Deepavali di Brickfields, Kuala Lumpur. -KH/Malaysia
Keceriaan masyarakat hindu dalam menyambut hari Deepavali terserlah dengan kehadiran ‘Badut’ bagi menceriakan lagi keadaan di Brickfields, Kuala Lumpur. -KH/Malaysia
Seorang wanita yang sedang berkerja di salah satu pasaraya masih sempat menjenguk keluar tingkap melihat kemeriahan sambutan Deepavali di Brickfields, Kuala Lumpur. -KH/Malaysia
Dalam kemeriahan ribuan manusia semasa sambutan Deepavali, anggota RELA wanita ini masih menjalankan tanggungjawab bagi memastikan kemeriahan sambutan Deepavali di Brickfields, Kuala Lumpur dalam keadaan terkawal. -KH/malaysia
Salah seorang anggota RELA sempat menjenguk kamera ditengah-tengah ribuan manusia yang memenuhi Brickfields, Kuala Lumpur bagi meraikan sambutan Deepavali.
Pengunjung kelihatan ceria walau terpaksa berjalan kaki akibat beberapa jalan yang ditutup bagi melancarkan lagi sambutan Deepavali di Brickfields, Kuala Lumpur. -KH/Malaysia
Outing berjalan lancar, dan semua happy sebab dapat gambar. Bagi KH, kepuasan yang teramat sangat kerana puas dapat mengajar student-student baru KH. OKaylah, KH nak stop dulu. Banyak lagi gambar nak kena edit. Nanti KH akan sambung lagi celoteh KH dilain entry. papepun, enjoylah klik klik dari KH!
Sign Off,
KH
Leave a Reply