KH to Pameran Pengantin Malaysia 2011
Assalamualaikum.
Hari ni KH nak cerita tentang pengalaman KH melawat Pameran Pengantin Malaysia 2011. So semalam, dalam kesibukan KH, KH sempat meluangkan masa untuk menjejakkan kaki ke Pameran Pengantin Malaysia 2011 yang berlangsung di SACC Convention Center, Shah Alam. Pameran yang dianjurkan oleh Urban Vibe Event ini berlangsung dari 28-30 Oktober 2011 dan bertemakan ‘The Magical of Arabian Night’. Masuk free, and pameran start dari 10 pagi – 9 malam.
KH datang semalam, last day of the event. Niat sebenarnya nak melawat teman-teman seperjuangan yang bukak booth. Yelah, kawan-kawan KH yang ade ni semua kawan dari zaman KH tak tahu apa itu shutter, aperture and iso. SO dis is the time nak melawat kawan-kawan, dan lihat perkembangan masing-masing.
Pengunjung yang datang rata-rata yang datang semua bakal pengantin yang akan meraikan hari besar samada akhir tahun ini atau awal tahun depan. KH sempat berborak dengan beberapa pengunjung pameran tersebut, and ramai yang satisfied dengan tawaran yang ada. Dorang memang mention yang dorang memang tunggu event sebegini, kerana tawaran yang diberikan, amat berpatutan.
So, lepas tu KH jalan-jalan, nak cari kawan-kawan KH yang bukak booth time event ni.
Dari kiri: Shana, KH dan Jidin di booth Anyevent Photography
ini adalah jidin dan shana. jidin ini adalah kawan baik KH, and dia ada dengan KH masa KH baru nak start berjinak-jinak dalam bidang photography ini, back in 2005. Masa tu, KH tiada arah tuju, jidin pun sama. so kitaorg dengan a few lagi dari team Chap Ayam shoot sana sini, pergi merantau tempat org sana sini, semata-mata nak mencari ilmu photography, dan nak cari identiti masing-masing. Alhamdulillah, setelah almost 6 tahun, masing-masing sudah berjaya. Jidin now adalah owner kepada company Anyevent Photography, sebuah company photography tersohor di Shah Alam berkonsepkan husband-wife photographer by jidin dan wifenya, shana. KH happy jumpa jidin semalam, and KH mendoakan dia dan companynya success, sehingga kemata dunia.
Dari kiri: KH, Ajean dan Zaid di booth Maze Lensa Studio
ini adalah geng Maze Lensa Studio atau nama pendeknya MLS. Owned by Ajean, he started company ni dengan kawan-kawan nya back in 2005. and ahamdulillah, sehingga kini, dia masih memperjuangkan seni photography ini sebagai mata pencariannya. Ajean merupakan kawan KH (tapi tak sebaik jidin, sebab KH tak rapat pun dengan dia, kenal-kenal gitu jer, ahaks!).
Untuk Pameran Pengantin Malaysia 2011, from my personal opinion, KH amat berpuas hati dengan setting, environment, place, susunan booth dan flow event. Kalau KH kat tempat org yang bukak booth, KH pasti akan berpuas hati dengan pelaburan KH. rata-rata yang bukak booth menyatakan mereka amat berpuas hati dengan event kali ini. 90% of them dapat pulangan modal even 3 hari sahaja event ini berlangsung. hebat kan dorang semua!?
Tapi papepun, KH happy melhat anak melayu kini sudah boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lain dalam industri photography di malaysia ini. happy sebab apa yang KH perjuangkan selama ini, KH tak keseorangan. KH nak semua berjaya, nak semua dapat bawa bendera Jalur Gemilang kemerata pelosok dunia ini, nak lagu ‘Negaraku’ berkumandang di setiap negara di dunia ini. Ini bukan impian KH, tapi impian setiap anak melayu kat dunia ini. KH doakan kalian semua berjaya kelak, tak kira dalam bidang apa pun yang kalian buat, asalkan kita boleh memartabatkan industri photography negara sehingga ke peringkat antarabangsa. Remember, KH nak lihat anak melayu ‘standing in the eyes of the world’!
sign off,
KH
Leave a Reply