2012, masih belum sempurna
Salam,
Genap hari ni, cukup 3 bulan 14 hari KH tak update blog. Wow! sangat pemalas lah saya. *hikhik* hmm.. ok.. otak sudah beku, jadi agak kekurangan idea untuk menulis, sebab asyik-asyik mengadap photoshop, finalcut, imovie, ipad, instagram jer sejak dua menjak ni. jadi blog ini sudah agak terbiar *kesian*.
oklah. lemme update sedikit sebanyak apa yang KH sempat ingat sepanjang 3 bulan tak menulis disini *wah, berhabuknya blog ni!* ok. 1st of all, syukur alhamdulillah, studio KH berjaya dilancarkan pada 15 Januari 2012 tempoh hari *clap clap*. Yup, studio KH dirasmikan oleh salah seorang YB kat KL ni, and kemudian disusuli pameran gambar dari student Youth Photocamp KH sendiri. And alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
2ndly, now studio KH dah fully operating. Dah ada staff sendiri, cleaner sendiri, accountant sendiri, tea lady sendiri, designer sendiri, admin sendiri, marketing manager sendiri, dan pak guard sendiri *haha. tipu jer. semua tu sebenarnya KH buat sendirilah!* . Operating hours untuk studio KH tiada limit. coz most of time KH sentiasa kat studio KH sekarang ini. so kalau sesiapa yang nak drop by dan singgah minum nescafe dgn KH, im most welcome u all semua datang.
Next, now KH busy membuat directing. yup. saya adalah director sekarang ni *jangan riak jangan riak. haha!* And alhamdulillah, production house yang KH impikan selama ini bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi. start dengan kecil-kecil dulu. now KH busy dengan project music video dengan beberapa artist terkenal tanahair. disamping itu juga, syukur alhamdulillah, KH sudah mula memproduce short movie sendiri untuk KH direct utk tahun ini. Nanti bila semua dah siap, KH akan share dengan kalian semua ya!
Utk photography, KH terpaksa posponed niat KH untuk melawat Europe. Bukan apa, tapi untuk schedule KH dari awal tahun sehingga bulan Ramadhan, KH dah FULL *amboi, jangan riak laa..* memang benar, KH telah full sehinggan Ramadhan. Ini adalah semua akibat dari sebab-sebab diatas *tulah, sapa surah menggatal nak direct film, kan dah busy. padan muka!* jadi untuk peminat KH di benua Eropah, insyallah, kalau ada rezeki, KH akan ketempat anda pada bulan September 2012. Yup, so far selepas raya, KH ada sedikit time free untuk take 5 sebelum start busy sehingga pertengahan tahun 2013.
Apa lagi yea? wajah terbaru KH. hmmm *malu laaa..* Okaylah, KH update sedikit gambar yang KH shoot sendiri kat studio KH semalam. Hope dapatlah kalian hilang kan rindu kalian pada KH kan *amboi, mcm Aaron Azizi plak kan?*
2012, masih belum sempurna -KH
Sampai sini dulu. Nanti kalau ade bahan, KH update lagi blog KH yang memang sudah bersawang ni. ok guys, thanks sebab masih sudi membaca!
Sign off,
KH
Leave a Reply