Eid Mubarak 2012
Salam.
1st of all, saya nak ucapkan Salam Aidilfitri kepada semua umat islam yang menyambut tahun ini. Macam mana ibadah kalian semua? Hopefully semua berjaya melaksanakan Rukun Islam ke-3 ini dengan flying colors!
Alhamdulillah, saya berjaya melaksanakan ibadah puasa tahun ini dengan jayanya. Maklumlah, dugaan tahun ini lebih kuat. Menjadi Director kepada 2 music video dari Universal Music Malaysia dan Sony Music Malaysia memang mencabar kreadibiliti saya sebagai umat islam. Shooting di bulan puasa ini, Allah sahaja yang tahu dugaan dahaga dan lapar sambil shooting di tengah panas. Dahaga!
Tahun ini saya beraya bersama keluarga tercinta di Shah Alam. Sambil beraya, kami dengan sukarelanya mengadakan sesi shooting gambar raya sekeluarga bersama di Seksyen 8, Shah Alam.
Seronok. Selepas masing-masing busy dengan kerja sepanjang tahun ini, kami have fun together semasa sesi shooting dijalankan. Terima Kasih kepada Azmie Sulaiman kerana sudi membantu saya dalam sesi shooting ini (Yelah, kalau saya shoot sendiri, mcm mane nak masuk dalam gambar kan? hehe)
Actualy, banyak lagi gambar yang tak masuk lagi kat sini. Tapi still kalian semua boleh folo semua hasil kerja KH di Facebook KH. LIKE jer, then dah boleh tatap most of my works there.
Don’t worry. kepada yang sentiasa menyokong kerjaya saya selama ini, saya akan try update selalu blog usang ini. Tapi sebelum update, saya sekarang sedang cuba untuk meng-register domain baru untuk blog saya ini. Yelah, link .com yang yang lama dah tak boleh digunakan atas sebab-sebab yang tertentu. So now, still sedang mencari nama yang sesuai untuk register nama link baru. Once dah dapat, saya akan announce disini okay!
Saya malas nak membebel panjang lagi. Kalian enjoice lah gambar family saya kali ini ya!
Salam.
Sign off,
KH
Leave a Reply