Film Maker

Demi Malaysia

5 Mac 2013 dan Malaysia.

Sinonim kan untuk entry kali ini?

Kepada yang tidak menyedari kaitan diantara tarikh ini (yang mana tak tahu tu memang sah-sah duduk dalam gua), hari ini merupakan hari Pilihanraya Malaysia yang Ke-13. Ini bermakna hari ini merupakan hari yang bersejarah untuk negara dimana sekali lagi, kerajaan akan dipilih semula selepas selesai penggal kerajaan lama yang di tadbir oleh Barisan Nasional selama 55 tahun, sebelum ini. Siapa yang memilih?

KITALAH!

DSC_6697rs

Berkesempatan dengan ‘demam pilihanraya’ yang sudah sampai ke penghujungnya ini, saya ingin mencoretkan sesuatu buat kenangan untuk saya. Sejak dua minggu lepas, saya mengikuti secara menyeluruh kempen pilihanraya yang dijalankan oleh semua calon-calon parti di seantero Malaysia. Dari Perlis sehingga ke Johor, dari Sarawak ke Sabah. Bukan apa, tapi saya sebagai seorang rakyat yang mencintai negaranya ini ingin melihat sejauh mana keupayaan parti-parti yang bertanding kali ini menggubal menifesto atau ideologi baru bagi menarik minat penggundi mengundi mereka. Saya bertekad kali ini, saya ingin memberi peluang kepada diri ini untuk menilai sejauh mana negara kesayangan saya ini dapat memacu jauh lagi, buat anak-anak dan generasi akan datang. Pada saya, keputusan yang kita akan buat pagi ini, bakal mencorakkan warna masa depan generasi akan datang dan masa depan Malaysia.

‘Ini Kalilah’ atau ‘Lain Kalilah’?

Pendebatan yang sangat positif dari pucuk pimpinan kedua-dua parti, sehingga kepada rakyat jelata yang berkempen menggunakan facebook dan twitter. Hebat, bisik hati saya. Selama saya hidup diatas bumi Allah selama 31 tahun, inilah kali pertama saya dapat menyaksikan persaingan sengit dalam perayaan pilihanraya yang ke-13 ini. Kagum dimana semangat rakyat memuncak untuk berkempen bagi pihak parti masing-masing. Sangat membuak-buak.

Semangat saya juga membuak.

Membuak bukan?

Barisan Nasional banyak memperjuangkan kejayaan partinya memerintah Malaysia selama 55 tahun. Banyak menggunakan sejarah sebagai medium utama kempen, juga ideologi transformasi bagi memenangi hati rakyat.

Pihak lagi satu iaitu Pakatan Rakyat, yang diketuai oleh Dato Seri Anwar Ibrahim menggunakan kempen yang lebih kepada bercerita tentang penderitaan rakyat, penyelewengan kerajaan, pendedahan rasuah dan salah laku pegawai kerajaan, menurunkan harga kereta, hapuskan PTPTN, hapuskan tol, beri air percuma, turun bil elektrik, turun harga minyak dan memberi bantuan kepada rakyat serta memperjuangkan ketelusan dan amanah.

Jadi untuk malam yang terakhir, saya memberikan peluang kepada diri saya untuk menghadiri buat kali julung dan terakhir (kalaulah kan kali terakhir, aku pun tak tahu), pada malam berkempen yang terakhir ini menghadiri ceramah perdana yang dianjurkan oleh Parti Pakatan Rakyat. Lokasi di Lembah Patai dimana seperti yang semua sedia maklum, pertandingan hebat disini adalah diantara Nurul Izzah dan juga Raja Nong Chik.

Kenapa saya kesana?

Satu sahaja, kerana saya mahu mendengar buat kali pertama dan mungkin buat kali terakhir seorang yang dikatakan bakal Perdana Menteri ke-7 Malaysia berucap sebagai seorang rakyat, bukan sebagai Perdana Menteri (kalau dia terpilih lah).

Jadi cerita untuk hari ini, saya sampaikan dalam bentuk foto, kerana saya seorang yang tidak pandai menulis kalau nak berceloteh pepanjang, tapi saya lagi suka jika pembaca nilai segalanya melalui sentuhan lensa dari saya. Selamat menilai dan selamat mengundi untuk semua!

DSC_6802rs

DSC_6927rs

DSC_6956rs

IMG_8952rs

IMG_8981rs

IMG_9008rs

IMG_9014rs

IMG_9055rs

DSC_6863rs

DSC_6895rs

IMG_9078rs

IMG_9112rs

IMG_9191rs

IMG_9210rs

IMG_9237rs

IMG_9243rs

IMG_9280rs

IMG_9317rs

IMG_9339rs

IMG_9437rs

IMG_9450rs

Kerajaan esok bergantung kepada undi 28 juta rakyat Malaysia hari ini. Undi KITA.

Apa tunggu lagi?

Demi Malaysia,

KHAIRUL HAZWAN
3.53 pagi
5 mac 2013

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s