Sampah?
Saya adalah salah seorang ‘Pengarah Muda di Malaysia’. Saya berjiwa seni yang mahu berkarya bagi memartabatkan industri perfileman dinegara ini.
Isi tentang segelintir ‘karyawan tua’ yang mempersoalkan kreadibiliti dan hasil pengarah muda hari ini sehingga mereka sanggup melabel karya dari golongan pengarah muda ini sebagai ‘sampah’ membangkitkan saya untuk mencoretkan sesuatu hari ini.
Jadi soalan saya, adakah karya saja juga dianggap sebagai ‘sampah’ oleh segelintir pihak yang kononnya melabel diri mereka ‘sangat-sangat berpengalaman’ dalam bidang perfileman hanya kerana saya berusia muda?
Adakah adil bagi mereka sesuka hati melabel jiwa muda yang mahu berjaya ini sebagai ‘sampah’ hanya kerana kami mahu sedikit perubahan dan pembaharuan?
Untuk pengetahuan semua, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee mula mengarah filem pertamanya ketika dia berusia 24 tahun. Jadi adakah ketika zaman itu, karya beliau juga dilabel sebagai sampah?
Fikir.
KHAIRUL HAZWAN
Leave a Reply