I'm a Film Maker!

Author Archive

Nak Lain.

2018 dah dekat.

2017 dah hujung-hujung dah.

Aku masih sama? Mungkin.

Tapi 2018 aku nak lain. Taknak sama macam 2017 dah tahun sebelum-sebelumnya.

2018 aku nak buat filem.

Nak dijadikan cerita, aku baru je siapkan skrip filem pertama aku, semalam. And it takes me 3 days to write it all up!

Haha. Kerja giler. Ibu pun cakap macam tu. tah saka mana tah rasuk aku, sedar-sedar lepas tiga hari tidur tak tentu, last-last aku dah type perkata THE END.

Wow! Kagum!

Actually idea untuk buat cerita tu dah ada almost 6 tahun dah. Cuma always bermain dalam kepala. Just i get my wake up call that 14th December 2017. So on 15th, aku terus menaip. Ingat saja nak buat intro je, acah-acah nak cari mood. Last-last tersiap.

Cerita apa?

Ala takyah la nak cerita kat sini. Tak suspens plak nanti. Tapi yang penting kalau aku buat cerita ni, ia akan jadi cerita terbest untuk korang semua tengok nanti. Confirm lepas korang tengok, korang akan jumpa aku balik and cakap cerita ni best. Itu janji aku.

But yeah, now im looking for a producer to join me for this movie.

So kalau ada sesiapa yang kenal mana-mana producer yang nak work together to make this idea into reality, hook me up.

Cant wait for 2018.

KH

6:45am

Advertisements

Anda pilih yang mana?

If kalian tiada punya apa-apa, i mean kehidupan serba kekurangan, being homeless for more than 1 year, dan suddenly seorang yang tidak dikenali datang dan memberi pilihan kepada anda untuk memilih diantara sepeket nasi ayam beserta air sirap selama 3 hari, atau sekeping nota RM20, atau seorang teman untuk berbicara selama 1 jam.

Jika anda di tempat homeless itu, yang mana satu kalian akan pilih, dan kenapa.


35, Life dan Happy

Salam.

Saya dilahirkan pada 31 Disember 1982, 9.29 malam. So officially, im not 35 years old yet. Masih 34 sebenarnya, as per today, according to my biological clock. But looking at 1982-2017, we can assume yang i am 35 years old. Ok?

Having said, today saya nak bercerita tentang life. More or less about my life, indirectly. 35 tahun, banyak dah saya lalui sebagai seorang manusia. Jatuh bangun, jatuh bangun, it seems life ni seperti ada tangga. Kadangkala kita diatas. Kadangkala bila kita tersepak salah langkah, kita jatuh semula. Dan bila jatuh tu, normally kita akan sakit. And it need sometime to heal the pain. So bila dah kurang sakit, baru lah kita boleh bertatih kembali untuk menaiki tangga tersebut.

In my 35 years living as KH, people do come and go. Ada yang datang untuk memberi seribu satu kegembiraan, ada yang datang memberi sejuta kesengsaraan, juga ada yang datang untuk memberi infiniti pengajaran hidup. Tapi, dalam yang datang dan pergi, hanya few person sahaja yang stay towards my jatuh bangun selama 35 tahun ini. They are ibu, abah, angah, nana, awi dan aish. My family. Parent and siblings. Lain? As i said, datang dan pergi, tak kira betapa penting atau manisnya orang itu terhadap saya. Still go and go.

At times, i think life itu mudah. Ada kala, saya rasa susah amat. Ada kala juga ia terasa mustahil untuk hidup. To be honest, at 35 years old, i still dont know where to go, what to achieve and what to do with my life. I only have one purpose in life for now, which is make my parent happy, and be a good big brother to all my sibling. Yang lain, masih kabur, which i dunno what to do dah. Sounds like frustration kan? Yeah, i think something like that.

Minat? Kalau tanya pasal minat, memang banyak. Tapi bila tanya benda yang paling saya minat is travel, and capture something out of it. Doesnt mind dari medium photo atau video, i love to capture those emotion and preserve it in a good still or moving image for me to show it to the world.

Why show it? Baik simpan kan? Kalau too much tunjuk, nanti orang cakap menunjuk pula. Yeah, who cares apa orang nak cakap. They will not stop. As for me, I love to see how people move by seeing all my works. It makes me happy inside.

My dreams, i want to work abroad and live there. Yeah, its kinda late for me to have this kind of dream. Umur 35 patutnya sibuk bina keluarga dan kerjaya, cari tempat tinggal and live as a normal people, kata mereka-mereka diluar sana. But, im totally not agree with that statement.

I am single, and i am not normal, so i do whatever i want with my life. Its not i dun appreciate your advice, thank you by the way, but i want what i want. And the reasom why i want that is because it makes me happy. Obviously im not happy here, so by having that dream, i know somehow it will make me happy. I dunno how, but it will. If you are a good person (which i dun have any), you should encourage me. Arguing with me will make it worst.

In life, i am at yellow. Green dah lepas. Tunggu turn nak masuk ke orange and then to the brown. After that, no more. Lepak dengan mungkar nangkir lah while waiting for tiupan sangkakala. There are a lot of thing i want to achieve in life. And seems life is being so hard on me. Not being negative here, i just shoot whatever i feel inside. By writing here, i can pour everything inside and make things clear. Penat asyik berkata-kata di dalam hati yang jelas tiada sudahnya. By writing here, at least i can be in peace, even just for a few seconds.

Doakan saya tenang, dan sentiasa bergembira. I just want to be happy. Maybe you guys agak keliru with me yang sentiasa gembira dan garang all the time, tapi sebenarnya penyedih (haha perkataan penyedih tu kelakar). What i mean here is inside me. I can pretend to be happy by smiling and laughing like hell in front of you. I’ll do that because i dont want for people to see how sad i am. I am good at it, trust me. But inside me, do u can really see me?

I want to be happy inside me. No more susah hati, keliru, rasa berat, contemplating to do things, i dun want those emotion anymore. And dunno how you guys will fit in, but if anything you can do to make me happy, even a bit, I thank you for that in advance, for giving me hope again.

Life ni susah. Ia akan jadi lebih susah jika kita lebih menyusahkan ia. Thank you for your time. Doakan yang baik-baik untuk saya.

Salam.

KH

18.11.2017


2017? Nak habis dah pun.

Seriously?

3 tahun saya tak update blog ni?

LOL.

Maaflah. Saya alpa, leka. Tak punya masa yang agak cukup untuk mengemaskini blog yang dah penuh dengan sawang, debu habuk dan cerita lama.

Seperti biasa, 3 tahun itu suatu jangkamasa yang amat lama. Berpuluh purnama, beribu hari, sehingga tidak mampu untuk dikira dengan congak oleh akal ini.

Maaf, beribu maaf.

Insyaallah, lepas ni saya akan lebih selalu mengemaskini blog ni eh.

Just stay with me.

Salam,

Khairul Hazwan

17.11.17


Sayap Di Awangan

Screen Shot 2013-06-28 at 2.29.08 PM
Screen Shot 2013-06-28 at 2.29.20 PM

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi.

Hari ini, music video saya yang terbaru untuk telah selamat di lancarkan semalam. Merupakan seorang pendatang baru dalam industri musik tanahair, Han merupakan seorang penyanyi yang menghiasi halaman karya agung saya untuk kali ini.

Garapan musik video kali ini, saya mendapat ilham dari karya-karya Hollywood seperti Step Up Revolution, You Got Served, Dirty Dancing, Save The Last Dance dan banyak lagi karya film dari luar. Seperti biasa, konsep movie saya gunakan untuk memperhalusi penceritaan dalam lagu ini. Kisah diantara dua sahabat baik yang meminati seni tarian merupakan intipati utama pilihan saya dalam konteks penceritaan kali ini.

Screen Shot 2013-06-28 at 2.32.48 PM
Screen Shot 2013-06-28 at 2.31.20 PM
Screen Shot 2013-06-28 at 2.29.42 PM
Screen Shot 2013-06-28 at 2.30.05 PM
Screen Shot 2013-06-28 at 2.32.33 PM

mengapa?

Kali pertama saya mendengan lagu dendangan Han ini, saya sudah jatuh hati dengannya. Lagu ciptaan LY dan lirik dari Baiduri ini menambat hati saya sejak kali pertama saya diperkenalkan lagu ini oleh pemilik New Southern Records, Anthony. Kisah suka duka dua sahabat baik menjelma dalam minda ketika lagu ini dimainkan. Dan konsep dancing music video menjadi pilihan saya kerana pada saya, kisah penari jalanan sangat unik, dan jarang sekali cerita mengenai mereka diketengahkan dalam karya perfileman di Malaysia.

Screen Shot 2013-06-28 at 2.31.40 PM
Screen Shot 2013-06-28 at 2.32.11 PM

Harapan saya supaya masyarakat di Malaysia dapat menerima karya terbaru saya kali ini, terutama kepada pembikin filem tegar di negara ini, salam perkenalan saya ucapkan kepada semua. Moga hasil kerja terbaru saya ini dapat menambat hati semua masyarakat di negara ini, seperti mana saya tertambat dengan melodi indah Sayap Di Awangan.

Salam,
KH

Han – Sayap Di Awangan (Director cut) from Khairul Hazwan on Vimeo.