Film Maker

Author Archive

2017? Nak habis dah pun.

Seriously?

3 tahun saya tak update blog ni?

LOL.

Maaflah. Saya alpa, leka. Tak punya masa yang agak cukup untuk mengemaskini blog yang dah penuh dengan sawang, debu habuk dan cerita lama.

Seperti biasa, 3 tahun itu suatu jangkamasa yang amat lama. Berpuluh purnama, beribu hari, sehingga tidak mampu untuk dikira dengan congak oleh akal ini.

Maaf, beribu maaf.

Insyaallah, lepas ni saya akan lebih selalu mengemaskini blog ni eh.

Just stay with me.

Salam,

Khairul Hazwan

17.11.17


Sayap Di Awangan

Screen Shot 2013-06-28 at 2.29.08 PM
Screen Shot 2013-06-28 at 2.29.20 PM

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi.

Hari ini, music video saya yang terbaru untuk telah selamat di lancarkan semalam. Merupakan seorang pendatang baru dalam industri musik tanahair, Han merupakan seorang penyanyi yang menghiasi halaman karya agung saya untuk kali ini.

Garapan musik video kali ini, saya mendapat ilham dari karya-karya Hollywood seperti Step Up Revolution, You Got Served, Dirty Dancing, Save The Last Dance dan banyak lagi karya film dari luar. Seperti biasa, konsep movie saya gunakan untuk memperhalusi penceritaan dalam lagu ini. Kisah diantara dua sahabat baik yang meminati seni tarian merupakan intipati utama pilihan saya dalam konteks penceritaan kali ini.

Screen Shot 2013-06-28 at 2.32.48 PM
Screen Shot 2013-06-28 at 2.31.20 PM
Screen Shot 2013-06-28 at 2.29.42 PM
Screen Shot 2013-06-28 at 2.30.05 PM
Screen Shot 2013-06-28 at 2.32.33 PM

mengapa?

Kali pertama saya mendengan lagu dendangan Han ini, saya sudah jatuh hati dengannya. Lagu ciptaan LY dan lirik dari Baiduri ini menambat hati saya sejak kali pertama saya diperkenalkan lagu ini oleh pemilik New Southern Records, Anthony. Kisah suka duka dua sahabat baik menjelma dalam minda ketika lagu ini dimainkan. Dan konsep dancing music video menjadi pilihan saya kerana pada saya, kisah penari jalanan sangat unik, dan jarang sekali cerita mengenai mereka diketengahkan dalam karya perfileman di Malaysia.

Screen Shot 2013-06-28 at 2.31.40 PM
Screen Shot 2013-06-28 at 2.32.11 PM

Harapan saya supaya masyarakat di Malaysia dapat menerima karya terbaru saya kali ini, terutama kepada pembikin filem tegar di negara ini, salam perkenalan saya ucapkan kepada semua. Moga hasil kerja terbaru saya ini dapat menambat hati semua masyarakat di negara ini, seperti mana saya tertambat dengan melodi indah Sayap Di Awangan.

Salam,
KH

Han – Sayap Di Awangan (Director cut) from Khairul Hazwan on Vimeo.


Sampah?

Saya adalah salah seorang ‘Pengarah Muda di Malaysia’. Saya berjiwa seni yang mahu berkarya bagi memartabatkan industri perfileman dinegara ini.

Isi tentang segelintir ‘karyawan tua’ yang mempersoalkan kreadibiliti dan hasil pengarah muda hari ini sehingga mereka sanggup melabel karya dari golongan pengarah muda ini sebagai ‘sampah’ membangkitkan saya untuk mencoretkan sesuatu hari ini.

Jadi soalan saya, adakah karya saja juga dianggap sebagai ‘sampah’ oleh segelintir pihak yang kononnya melabel diri mereka ‘sangat-sangat berpengalaman’ dalam bidang perfileman hanya kerana saya berusia muda?

Adakah adil bagi mereka sesuka hati melabel jiwa muda yang mahu berjaya ini sebagai ‘sampah’ hanya kerana kami mahu sedikit perubahan dan pembaharuan?

Untuk pengetahuan semua, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee mula mengarah filem pertamanya ketika dia berusia 24 tahun. Jadi adakah ketika zaman itu, karya beliau juga dilabel sebagai sampah?

Fikir.
KHAIRUL HAZWAN


19.4.13

At last.

Alhamdulillah.

Setelah bertahun-tahun fighting for domain khairulhazwan.com, akhirnya hari ini, hati ini tergerak untuk melupakan semua itu, dan beralih kepada domain saya yang baru ini iaitu khairulhazwan.net. (Jika kalau anda mengenali saya sejam 8 tahun dulu, im sure anda semua familiar dengan domain lama saya yang ber dot com itu)

Sayang?

Memanglah. Siapa tidak sayang domain lama saya. Tapi apakan daya, memang kami sudah tidak berjodohan lagi. Jadi hari ini, saya dengan ini melepaskan domain saya itu untuk selamanya (ini ayat frust menonggeng-lah)

Nothing much to update. Opps! Ade banyak sebenarnya. Tapi memandangkan saya terlalu obses dengan facebook saya, jadi saya jarang kesini. (mungkin sebab fed-up dengan fighting over year domain yang lama kot, huhu). Tapi don’t worry, dengan domain baru kali ini, diharap blog ini tidak berhabuk lagi. hehe!

Sini dulu.
KH