I'm a Film Maker!

friends

31st December 2011

Salam.

2011..

too much to be told. suka duka sebagai seorang photographer banyak mengajar KH tentang kehidupan hari ini. Dari seorang anak muda yang suka berkarya melalui kamera, sehinggalah anak muda ini berjaya mejejakkan kaki ke benua Eropah dan mengharumkan nama negara sebagai salah seorang photographer Malaysia yang bertaraf dunia. Yup. Inilah KH. Photography dan hidup KH.

Kalau kalian nak tahu, photography is everything to KH. not only my daily job, passion, or tempat cari makan. Its KH LIFE. photography dan KH adalah satu. we compliment each other, seperti isi dan kuku. I mean, photography adalah hidup KH. KH kenal dunia melalui kamera, dibesarkan dengan kamera, bercita-cita semasa belajar mahu memiliki sebuah kamera, sehinggan berjaya pusing satu dunia hanya berbekalkan sebiji kamera.

2011..

ALhamdulillah, rezeki Allah, tahun 2011 merupakan titik permulaan KH punya kesempatan untuk membuka studio & art gallery KH sendiri. Yup, berkat 6 tahun bergelumang dalam industri ini, akhirnya, Insyallah, pada 15 january 2012, Official opening untuk studio KH akan dibuat, dan anda semua dijemput (sila refer post sebelum ini untuk full details). so far as for now, proses renovation office sedang dilakukan, and its already 80% siap. datang okay!

2011..

duka 2011, biarlah KH simpan seorang. rasanya tidak perlu dibuka pekung manusia lain. biarlah anda sendiri yang mengadili setiap satu teman anda. yang penting, KH mahu meneruskan perjuangan KH untuk memartabatkan industri photography negara ke peringkat antarabangsa. untuk 2012, there’s something big coming up from KH & Friends. Keep on refreshing ur tabs!

2011..

to much to be told sampai jari tak mampu menulis semuanya. seems ini sahaj buat kali ini. tapi sebelum KH mengundur diri, KH nak share satu video ’31st December 2011″. Ini adalah hari terakhir setiap tahun, and untuk 2011, something happen on that date. Check it out!

Sign off,

KH


Garden Wedding of Miza + Boy

Assalamualaikum.

Setelah seminggu, baru KH dapat siapkan editing album Miza + Boy. Alhamdulillah lah, agak rushing sebab kena siapkan cepat, sbb dorang nak balik Ireland dah. eh? tak tahu eh. Miza dan Boy keje sana, dorang doktor pakar kat Dublin.

Sejarah KH dengan both of them sangat lama. Start with wedding Datuk, Dr. Sheikh Muszaphar (Angkasawan Negara) + Datin Dr. Halina. Time tu KH cover wedding of the Decade 2010 ni lah. Time tu lah kenal Miza. Miza ni actually adik kepada Datin Dr. Halina. Memang mulut die kecoh sangat time tu. Borak-borak punya borak, last-last jadi kawan. Then masa KH Tour in Europe 2011 tempoh hari, Miza ade kat Dublin masa KH 1st stop kat Dublin. So Miza dan Boy lah yang melayan kerenah KH sepanjang KH kat Dublin tu kan.

Sepanjang perkenalan KH dgn Miza, she’s is someone yg happy go lucky, tak kering gusi, ketawa jer, mulut becok, lively, memang kenalah dengan Miza yang merupakan seorang pakar pediatrik kat one of Dublin hospital di Ireland. Boy lak agak reserve orang nya. Abang Macho. Cool jer. But if u know deep inside him, Boy ni giler kelakar wei. Time KH buat pre-wedding shoot dorang di Dublin and Giant Causeway, mula-mula Boy ni pemalu. susah giler nak senyum, nak pose, nak buat itu ini semua malu. Tapi bile u dah kenal and boleh masuk dengan kepala dia, tak yah suruh wei, Boy pose sendiri!

Somehow, experience KH berkawan dengan Boy and Miza mematangkan KH sendiri. Bukan apa, bila kita kat dunia luar, kita nampak apa yang dunia luar ada berbanding negara sendiri. Bukan nak cakap Malaysia ni tak bagus, cuma lagi banyak kita berjalan, lagi luas pandangan. And this people memang ade mentality nak maju seperti org dunia luar sana. So KH besyukur KH dikelilingi orang yang membantu KH untuk mencapai impian KH.

And is an Honour for me to captured precious moments for Boy and Miza. Dari Nikah, sampailah ke resepsi garden wedding di sebelah miza di Putrajaya, KH managed to captured good moments sebagai bekalan newlyweds ini mengharungi life mereka sebagai husband and wife di Dublin tu nanti.

Enough said, banyak sangat bebel (bukan ape, teringat balik kenangan dengan budak dua orang tu, buat jari ni tak nak berhenti menaip). Apa pun, kali ini, KH mempersembahkan koleksi terbaru KH bersama Boy and Miza. Garden wedding di putrajaya, dengan angin sepoi-sepoi bahasa, dengan alunan bunyi air tasik yang berombak, dengan bunyi daun kelapa seperti mood di hawaii, cukup untuk menambat sesiapa sahaja yang hadir majlis resepsi miza dan boy. Hope kalian semua enjoy dengan work KH kali ini, and sampai kita bertemu lagi di lain entry, assalamualaikum..

This slideshow requires JavaScript.





















p/s: sweet kan dorang? 🙂

Sign Off,
KH


KH to Pameran Pengantin Malaysia 2011

Assalamualaikum.

Hari ni KH nak cerita tentang pengalaman KH melawat Pameran Pengantin Malaysia 2011. So semalam, dalam kesibukan KH, KH sempat meluangkan masa untuk menjejakkan kaki ke Pameran Pengantin Malaysia 2011 yang berlangsung di SACC Convention Center, Shah Alam. Pameran yang dianjurkan oleh Urban Vibe Event ini berlangsung dari 28-30 Oktober 2011 dan bertemakan ‘The Magical of Arabian Night’. Masuk free, and pameran start dari 10 pagi – 9 malam.

KH datang semalam, last day of the event. Niat sebenarnya nak melawat teman-teman seperjuangan yang bukak booth. Yelah, kawan-kawan KH yang ade ni semua kawan dari zaman KH tak tahu apa itu shutter, aperture and iso. SO dis is the time nak melawat kawan-kawan, dan lihat perkembangan masing-masing.

Pengunjung yang datang rata-rata yang datang semua bakal pengantin yang akan meraikan hari besar samada akhir tahun ini atau awal tahun depan. KH sempat berborak dengan beberapa pengunjung pameran tersebut, and ramai yang satisfied dengan tawaran yang ada. Dorang memang mention yang dorang memang tunggu event sebegini, kerana tawaran yang diberikan, amat berpatutan.

So, lepas tu KH jalan-jalan, nak cari kawan-kawan KH yang bukak booth time event ni.


Dari kiri: Shana, KH dan Jidin di booth Anyevent Photography

ini adalah jidin dan shana. jidin ini adalah kawan baik KH, and dia ada dengan KH masa KH baru nak start berjinak-jinak dalam bidang photography ini, back in 2005. Masa tu, KH tiada arah tuju, jidin pun sama. so kitaorg dengan a few lagi dari team Chap Ayam shoot sana sini, pergi merantau tempat org sana sini, semata-mata nak mencari ilmu photography, dan nak cari identiti masing-masing. Alhamdulillah, setelah almost 6 tahun, masing-masing sudah berjaya. Jidin now adalah owner kepada company Anyevent Photography, sebuah company photography tersohor di Shah Alam berkonsepkan husband-wife photographer by jidin dan wifenya, shana. KH happy jumpa jidin semalam, and KH mendoakan dia dan companynya success, sehingga kemata dunia.


Dari kiri: KH, Ajean dan Zaid di booth Maze Lensa Studio

ini adalah geng Maze Lensa Studio atau nama pendeknya MLS. Owned by Ajean, he started company ni dengan kawan-kawan nya back in 2005. and ahamdulillah, sehingga kini, dia masih memperjuangkan seni photography ini sebagai mata pencariannya. Ajean merupakan kawan KH (tapi tak sebaik jidin, sebab KH tak rapat pun dengan dia, kenal-kenal gitu jer, ahaks!).

Untuk Pameran Pengantin Malaysia 2011, from my personal opinion, KH amat berpuas hati dengan setting, environment, place, susunan booth dan flow event. Kalau KH kat tempat org yang bukak booth, KH pasti akan berpuas hati dengan pelaburan KH. rata-rata yang bukak booth menyatakan mereka amat berpuas hati dengan event kali ini. 90% of them dapat pulangan modal even 3 hari sahaja event ini berlangsung. hebat kan dorang semua!?

Tapi papepun, KH happy melhat anak melayu kini sudah boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lain dalam industri photography di malaysia ini. happy sebab apa yang KH perjuangkan selama ini, KH tak keseorangan. KH nak semua berjaya, nak semua dapat bawa bendera Jalur Gemilang kemerata pelosok dunia ini, nak lagu ‘Negaraku’ berkumandang di setiap negara di dunia ini. Ini bukan impian KH, tapi impian setiap anak melayu kat dunia ini. KH doakan kalian semua berjaya kelak, tak kira dalam bidang apa pun yang kalian buat, asalkan kita boleh memartabatkan industri photography negara sehingga ke peringkat antarabangsa. Remember, KH nak lihat anak melayu ‘standing in the eyes of the world’!

sign off,
KH