I'm a Film Maker!

photo

KH, where are you? 2011 has almost come to an end…

Salam 1 Malaysia!

dah mcm PM bila KH bagi salam mcm tu kan? haha. Al-maklumlah, baru je selesai event PM selama 2 bulan hari tu. So demam 1 Malaysia tak habis-habis lagi.

Sebelum KH terlupa, Happy belated ‘Merry Christmas’ kepada semua follower blog KH yang menyambutnya. Sorry lah, bukan sengaja lambat nak wish, tapi KH selalu update status KH kat fanpage jer. Kat blog ini sekali sekala jer menulis, ikut mood.

So sebelum KH meneruskan bebelan dengan cerita yang KH nak storykan kepada anda semua, KH nak menjawap dulu pertanyaan teman-teman KH yang tanya kemana menghilangnya KH selama beberapa bulan ni. Sampai dorang cakap blog ni dah bersawang dah tak berupdate.

hehe. ini KH nak storykan ni. 1st of all, KH tak hilang. still ini KL, busy kesana sini. biaselah, hujung tahun kan musim orang di Malaysia ni ‘mengawan’. So job banyak, and KH takde masa sangat nak mengadap blog. Even gambar pun KH lama tak update kan? Tapi kan, itu bukan main reason KH tak update blog or update gambar, sebenarnya ada sesuatu yang KH nak bagitau anda semua hari ini. hmm… before that, tengok dulu gambar kat bawah ni..




apa ni?

hehe. haaa.. ini lah penyebab utama kenapa KH sangat busy sampai nak buat pape pun tak boleh. gambat kat atas tu ekceli satu lot kedai kosong kat area Kelana Jaya. gambar ini diambil masa hari pertama KH dapat kunci tempat ni.

KUNCI?

yelah, kunci kedai la sebab KH dah sewa tempat ini. Kalau korang nak tau, this place going to be the 1st KH ART GALLERY & PHOTO STUDIO!!!!!! meaning ini adalah office KH yang pertama untuk KH menjalankan bisnes photography dan juga cinematography secara solo.. EXCITED kan???!!!!

errrr, eh… janganlah terkejut.. bukan KH taknak bagitau selama ni. tapi KH taknak la poyo mcm orang lain cerita pung-pang-pung-pang, last-last tinggal cerita jer. rasenyer kalau yang follow fanpage KH, KH ade mention kat situ yang KH mintak fans semua mendoakan supaya studio KH berjaya dibuka. So Alhamdulillah, berkat doa kalian semua, akhirnya studio ini berjaya dibuka. memang kosong lagi masa KH amik. seperti kata salesman yang menyewakan tempat ni kat KH, ‘tempat ni dara lagi maaaa…lu orang pertama kasi pecah itu dia punya dara, so lu punya suka la mau kasi pecah macam mana puuuun..’ (salesman ni cina, so sila baca ayat tadi dengan intonasi chinese anda sendiri).

So setelah 2 minggu KH amik tempat ni, dia dah bertukar sedikit menjadi begini.. (sila rujuk photo dibawah)



dah ade rupa sikit kan? memang kalau ikutkan, memang agak slow sebab lepas 2 minggu, ini je rupanyer. tapi KH tak nak rushing, sebab tak salah buat decision. And most of renovation works, KH & friends buat sendiri. memang slow lah kan. amatur macam kitaorang ni buat kerja-kerja renovation sendiri. tapi yang bangganya, partition kat ruang biru tu, KH & friends buat sendiri okay! lepas ni KH boleh amik job buat partition plak la kot.

ini 1st time KH bukak office studio sendiri, so baru KH tau susahnya nak decide sesuatu perkara tentang look of the office. dari pasal partition, cat, perabot, interior looks, nak design untuk every single space dalam office, memang memeningkan. tapi its a good experience for me. Office ini adalah hasil buah fikiran KH and my team, so apa yang anda akan lihat nanti, is 100% from youth, via youth, for youth! (sangat coolkan cogankata ni?)

As for today, this is how it looks……





TAADAAA!!!!!!

inilah dia. yang biru tu is KH punya gallery. and pink tu plak is my office. workstation KH adalah seperti yang anda lihat kat gambar 2nd last tadi. hehe. almost there, the looks dah almost finalize, just nak touch up here and there. ini baru 70%. 100% punya look plak, korang nak tengok ker? hmm.. takkan nak letak gambar je kan… so this time around, KH nak buat sedikit announcement kepada semua.. sila baca dan hayati poster dibawah…

YESSSS, YOU’RE cordially INVITED!

It’s KH Studio & Art Gallery LAUNCHING & OPEN Day! Dengan ini secara rasminya, KH menginvite anda semua to join KH big day in office KH yang baru! KH ada art gallery exhibition, photography & cinematography wedding package promotions, video previews, pre-loved items for sale, all day long refreshments and lots more!! KH would be very happy if anda-anda semua can come and make this day a memorable one for KH!

On 15th tu actually a launching day, so kepada sesiapa yang free, jom ramai-ramai serbu Launching Day Art Gallery & Studio KH. Kat situ boleh jumpa borak, tengok-tengok studio & art gallery KH, and review packages and promotions KH untuk 2012. And as for Open day on 16th – 22nd, its basically untuk future client KH yang nak datang and usha-ushi wedding package untuk yang nak kahwin 2012. So basically KH ada buat special promotion on photography & cinematography untuk this-going-to-be-bride-and-groom. Promotion in hanya valid till 22nd january 2012 jer. So kalau nak, baik cepat-cepat book date, takut terlepas nanti. Plus, looking at special promotion KH, im sure people cant resist it! yang dah kahwin rasa nak kahwin lagi, yang nak kahwin 2012 or 2013, surely akan book, yang tak jumpa jodoh nak kahwin, im sure dorang akan book dulu even tak jumpe jodoh lagi! 😀 Kalau tak caye, tengok promo dibawah…

HAAA!!! TAK CAYE??!! FREE photo on canvas okay! bukan kecik tau saiz dia. 3 kaki x 2 kaki! besar tau!

Ini actually promo utk future client yang nak kahwin tahun 2012 onwards. Kepada yang book photography wedding package dengan KH masa Open Day tu nanti, automatically dorang akan dapat canvas ni for FREE. So gambar untuk canvas nanti client akan pilih sendiri berdasarkan apa KH dah shoot masa wedding dorang nanti, or gambar pre-wedding pun boleh KH printkan kalau client nak gamabr dorang publish masa reception dorang di dewan nanti.

Studio KH also ade menyediakan class photography berkonsepkan tuition. So kepada yang berminat untuk bergurukan KH, package untuk class photography juga ada. U can Q&A KH on the class and syllabus yang akan diajar. U also can experience yourself the environment of the place, sebab semua class tuition itu nanti, 100% akan diadakan di studio KH sendiri. So memang bagus if u can come, sebab u can see urself the place 1st sebelum u enroll. and im sure once u are there, u’ll love the space and place. Pasti!

Thanks kepada semua yang mendoakan KH selama ini. tanpa anda-anda semua yang support dan keji KH selama ini, KH pasti semua ini takkan berlaku. From the bottom of my heart, KH sincerely wanna say thanks to all of u. Syukur.

Dont forget to block your dates! Datang tau!

Sign off,
KH


Garden Wedding of Miza + Boy

Assalamualaikum.

Setelah seminggu, baru KH dapat siapkan editing album Miza + Boy. Alhamdulillah lah, agak rushing sebab kena siapkan cepat, sbb dorang nak balik Ireland dah. eh? tak tahu eh. Miza dan Boy keje sana, dorang doktor pakar kat Dublin.

Sejarah KH dengan both of them sangat lama. Start with wedding Datuk, Dr. Sheikh Muszaphar (Angkasawan Negara) + Datin Dr. Halina. Time tu KH cover wedding of the Decade 2010 ni lah. Time tu lah kenal Miza. Miza ni actually adik kepada Datin Dr. Halina. Memang mulut die kecoh sangat time tu. Borak-borak punya borak, last-last jadi kawan. Then masa KH Tour in Europe 2011 tempoh hari, Miza ade kat Dublin masa KH 1st stop kat Dublin. So Miza dan Boy lah yang melayan kerenah KH sepanjang KH kat Dublin tu kan.

Sepanjang perkenalan KH dgn Miza, she’s is someone yg happy go lucky, tak kering gusi, ketawa jer, mulut becok, lively, memang kenalah dengan Miza yang merupakan seorang pakar pediatrik kat one of Dublin hospital di Ireland. Boy lak agak reserve orang nya. Abang Macho. Cool jer. But if u know deep inside him, Boy ni giler kelakar wei. Time KH buat pre-wedding shoot dorang di Dublin and Giant Causeway, mula-mula Boy ni pemalu. susah giler nak senyum, nak pose, nak buat itu ini semua malu. Tapi bile u dah kenal and boleh masuk dengan kepala dia, tak yah suruh wei, Boy pose sendiri!

Somehow, experience KH berkawan dengan Boy and Miza mematangkan KH sendiri. Bukan apa, bila kita kat dunia luar, kita nampak apa yang dunia luar ada berbanding negara sendiri. Bukan nak cakap Malaysia ni tak bagus, cuma lagi banyak kita berjalan, lagi luas pandangan. And this people memang ade mentality nak maju seperti org dunia luar sana. So KH besyukur KH dikelilingi orang yang membantu KH untuk mencapai impian KH.

And is an Honour for me to captured precious moments for Boy and Miza. Dari Nikah, sampailah ke resepsi garden wedding di sebelah miza di Putrajaya, KH managed to captured good moments sebagai bekalan newlyweds ini mengharungi life mereka sebagai husband and wife di Dublin tu nanti.

Enough said, banyak sangat bebel (bukan ape, teringat balik kenangan dengan budak dua orang tu, buat jari ni tak nak berhenti menaip). Apa pun, kali ini, KH mempersembahkan koleksi terbaru KH bersama Boy and Miza. Garden wedding di putrajaya, dengan angin sepoi-sepoi bahasa, dengan alunan bunyi air tasik yang berombak, dengan bunyi daun kelapa seperti mood di hawaii, cukup untuk menambat sesiapa sahaja yang hadir majlis resepsi miza dan boy. Hope kalian semua enjoy dengan work KH kali ini, and sampai kita bertemu lagi di lain entry, assalamualaikum..

This slideshow requires JavaScript.





















p/s: sweet kan dorang? 🙂

Sign Off,
KH


Deepavali Photowalk 2011

This slideshow requires JavaScript.

Assalamualaikum…

Apa khabar semua? KH hope semua sihat walafiat. im sure ramai still in mood malas nak kerja sebab semalam kan cuti Deepavali. Jangan malas-malas, sebab KH pun tak malas-malas lagi ni. Masih kuat bekerja. And im sure ada jugak ada di kampung skang ni, amik cuti panjang, alang-alang cuti masih banyak kan. habiskan cuti cecepat kak oi, tahun ni dah nak habis dah.

Di kesempatan ini, KH nak mengucapkan Happy Deepavali kepada semua rakyat di Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia, FInland, Ireland, United Kingdom, Amerika, Sabak Bernak, mahupun Ijok yang beragama Hindu. Hope celebration Deepavali korang tahun ni GRAND!

So kelmarin, yakni hari Selasa haritu, KH berkesempatan untuk menjalankan aktiviti ‘Deepavali Photography Outing’ anjuran LOULpop. Event ini more to photowalk, coz kitaorang semua berjalan-jalan di sekitar batu caves dan Brickfields, untuk merasai sambutan Deepavali di Malaysia pada tahun ini sambil klik klik kamea masing-masing untuk merakam detik-detik sepanjang sambutan Deepavali.

1st venue is Batu Caves. hmm, sampai sane, memang takde orang. Sebab dorang tutup kuil itu untuk preparation sambutan Rumah Terbuka yang akan di hadiri oleh PM kita di situ pada keesokkan harinya. klik klik sekeping dua, rombongan kami terus bergerak ke Brickfields.


Seorang lelaki dan seekor kucing sedang menuruni tangga di Batu Caves setinggi 272 anak tangga pada malam sebelum menyambut Deepavali. -KH/Malaysia


Bayang Dewa Subramania dibawah pantulan air di Batu Caves. -KH/Malaysia

Sesampai sahaja di Brickfields, kelihatan ramai orang disana. Meriah. Sama meriah seperti malam sebelum sambutan Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Kelihatan masyarakat hindu kebanyakannya, berpakai serba warna-warni, berjalan ramai-ramai kearah brickfiels, untuk membuat kunjungan disana. Katanya ada event seperti konsert sedang berlangsung. Tapi memang best sebab sepanjang jalan di Brieckfields itu dipenuhi dengan manusia. KH tanpa berlengah klik klik beberapa keping photo untuk tatapan anda semua.


Seorang pelancong kelihatan berjalan-jalan dicelah-celah ribuan masyarakat hindu membuat persiapan terakhir sebelum Hari Deepavali di Brickfields, Kuala Lumpur. -KH/Malaysia


Keceriaan masyarakat hindu dalam menyambut hari Deepavali terserlah dengan kehadiran ‘Badut’ bagi menceriakan lagi keadaan di Brickfields, Kuala Lumpur. -KH/Malaysia

Seorang wanita yang sedang berkerja di salah satu pasaraya masih sempat menjenguk keluar tingkap melihat kemeriahan sambutan Deepavali di Brickfields, Kuala Lumpur. -KH/Malaysia


Dalam kemeriahan ribuan manusia semasa sambutan Deepavali, anggota RELA wanita ini masih menjalankan tanggungjawab bagi memastikan kemeriahan sambutan Deepavali di Brickfields, Kuala Lumpur dalam keadaan terkawal. -KH/malaysia


Salah seorang anggota RELA sempat menjenguk kamera ditengah-tengah ribuan manusia yang memenuhi Brickfields, Kuala Lumpur bagi meraikan sambutan Deepavali.


Pengunjung kelihatan ceria walau terpaksa berjalan kaki akibat beberapa jalan yang ditutup bagi melancarkan lagi sambutan Deepavali di Brickfields, Kuala Lumpur. -KH/Malaysia

Outing berjalan lancar, dan semua happy sebab dapat gambar. Bagi KH, kepuasan yang teramat sangat kerana puas dapat mengajar student-student baru KH. OKaylah, KH nak stop dulu. Banyak lagi gambar nak kena edit. Nanti KH akan sambung lagi celoteh KH dilain entry. papepun, enjoylah klik klik dari KH!

Sign Off,
KH


KH Crazy Booth: Farhan Graduation!

This slideshow requires JavaScript.

KH Crazy Booth on demand!

This time, KH ke Setia Eco Park, Shah Alam untuk session ‘KH Crazy Booth’ bersama Farhan & family. Farhan is actually baru sahaja graduate from Degree in Accounting at IIUM. Graduation last week, but this time Farhan hire KH untuk shoot crazy booth bertemakan graduation untuk dia dan family dia.

After buat few study, KH sediakan beberapa props yg appropriate untuk session kali ini to make it more CRAZY. Sesi 2 jam ini dipenuhi gelak ketawa dan kecerian seisi keluarga farhan. They really enjoy themselves during the session.

KH nak mengucapkan terima kasih kepada Farhan & family diatas kesportingan anda semasa sesi 2 jam bersama KH. I’m so happy to know every single of u, especially Auntie Zainab yang sangat sporting dan kelakar sepanjang sesi Ahad lepas. I really hope kalian semua enjoy!

Testimonial dari client:
“….Thanks a lot KH. Good session. Mak aku cakap dia akan help promote KH kat kawan-kawan dia…” -Farhan

Sedikit photo semasa ‘KH Crazy Booth’ di rumah Farhan. Hope kalian enjoy. Nak lagi? tak cukup? Hire lah KH, nanti KH shoot bebanyak gambar kalian. then u will know how i can turn something ordinary, into extraordinary photo!












Sign Off,
KH