I'm a Film Maker!

video

Book of LOVE 2012

Salam.

Yeay! hari ni terajin nak update blog, tapi content lama *content pun bersawang?*. Bukan ape, dah 3 bulan kan tak update blog, so surely ade lubang sana sini yang KH akan ‘tiba-tiba’ je teringat tapi tak jot down kat sini.


Book of LOVE 2012

Okay. dis is actually a short film project yang KH buat bersama dengan team LOULpop. Love short film, and KH buat ni masa bulan February lepas. Yup, orang akan ckp Valentine la, ape la kan, but who cares. Asalkan kita tau niat yang kita buat ni hanya untuk satu kepuasan seni, so why bother bout others kan?

Melalut pulak. Sorry. Okay, back to our topic, short film ini adalah debut short Film directed by Farra Olivia. Yup, to be honest, memang idea asal dari KH, storyboard dari KH, dan sepatutnya, KH yang direct film ini. Tapi memandangkan KH ‘terpaksa’ menjadi aktor utama short film ini *ewah, nak jadi pelakon plak?* so KH terpaksa menyerahkan tukar directing kepada Farra Olivia.

Book of LOVE is a very simple love story. Ia berkenaan seorang lelaki yang mencari cinta, dan akhrnya menemui cintanya melalui sebuat buku. “LOVE have no definition, so put aside reality and just enjoy the journey of LOVE with us”, ini kata Farra Olivia.

Tengoklah berkali-kali tau kalau terasa mau jatuh cinta semula.*haha, ini adalah trick untuk mendapatkan byk hit kat Youtube*. KH harap dis not going to be the last. Doakan banyak lagi karya KH yang akan di paparkan disini. Sampai kita semua ketemu lagi, Salam.

Sign off,
KH


31st December 2011

Salam.

2011..

too much to be told. suka duka sebagai seorang photographer banyak mengajar KH tentang kehidupan hari ini. Dari seorang anak muda yang suka berkarya melalui kamera, sehinggalah anak muda ini berjaya mejejakkan kaki ke benua Eropah dan mengharumkan nama negara sebagai salah seorang photographer Malaysia yang bertaraf dunia. Yup. Inilah KH. Photography dan hidup KH.

Kalau kalian nak tahu, photography is everything to KH. not only my daily job, passion, or tempat cari makan. Its KH LIFE. photography dan KH adalah satu. we compliment each other, seperti isi dan kuku. I mean, photography adalah hidup KH. KH kenal dunia melalui kamera, dibesarkan dengan kamera, bercita-cita semasa belajar mahu memiliki sebuah kamera, sehinggan berjaya pusing satu dunia hanya berbekalkan sebiji kamera.

2011..

ALhamdulillah, rezeki Allah, tahun 2011 merupakan titik permulaan KH punya kesempatan untuk membuka studio & art gallery KH sendiri. Yup, berkat 6 tahun bergelumang dalam industri ini, akhirnya, Insyallah, pada 15 january 2012, Official opening untuk studio KH akan dibuat, dan anda semua dijemput (sila refer post sebelum ini untuk full details). so far as for now, proses renovation office sedang dilakukan, and its already 80% siap. datang okay!

2011..

duka 2011, biarlah KH simpan seorang. rasanya tidak perlu dibuka pekung manusia lain. biarlah anda sendiri yang mengadili setiap satu teman anda. yang penting, KH mahu meneruskan perjuangan KH untuk memartabatkan industri photography negara ke peringkat antarabangsa. untuk 2012, there’s something big coming up from KH & Friends. Keep on refreshing ur tabs!

2011..

to much to be told sampai jari tak mampu menulis semuanya. seems ini sahaj buat kali ini. tapi sebelum KH mengundur diri, KH nak share satu video ’31st December 2011″. Ini adalah hari terakhir setiap tahun, and untuk 2011, something happen on that date. Check it out!

Sign off,

KH


Music Video pertama arahan KH

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, kali ni KH come up dengan projek terbaru, pengarah utk music video. Music Video ini directed by KH, collaboration with LOULpop Family (i’m also one of the family). Actually lama dah teringin nak buat video ini, sebab memang dari kecil lagi, KH meminati lagu ini. Mana tak nya, KH ada masa 1st time lagu ini dinyanyikan oleh Ella masa Sukan Komenwel 1998 dulu. Tapi yg buat KH nak buat balik video ini adalah bla Too Phat remix balik lagu ini, then masukkan element RNB dan HIp HOp dalam lagu ini. Jadi sasau sekejap bila 1st time lagu ni released dulu pada 2004 kalau tak salah.

So its been 7 years lagu ini tak ada Video Clip. So lepas berbincang dengan team LOULpop Family, dorg decide untuk buat Video Clip ini menggunakan medium sendiri, as appreciation to the peoples yang menyanyikan lagu ini. Lagipun, Lagu ini memang represent spirit, hope, and dreams LOULpop Family sendiri, yang mahukan family mereka reach world level.

antara word from LOULpop family:
“…Videoclip by LOULpop Family – Standing in the eyes of the world. Lagu ini kitaorang buat semula videoclipnya because we think that this song represent every single member in LOULpop Family. And we hope one day, LOULpop Family will be in the eyes of the world!This song carries our hopes and dreams. This is us, LOULpop Family!”

KH doakan kalian enjoy dengan video pertama arahan KH, and hope impian LOULpop Family tercapai, to standing in the eyes of the world!

p/s: Jangan terkejut kalau ternampak KH kat dalam video ni menyanyi sekali. Sekali sekala nak tunjuk bakat apa salahnya kan? 😀

Sign Off,
KH