Film Maker

Posts tagged “pakatan rakyat

Kerajaan Lama Yang Baru, Tahniah!

Alhamdulillah.

Hampir selesai siri pilihanraya negara yang ke-13. Walaupun keputusan masih belum official, memang gah sudah terserlah, Barisan Nasional sekali lagi bakal memenangi pilihanraya yang ke-13 kali ini. Tahniah diucapkan kepada semua penyokong dan pengundi BN. Anda semua memang bekerja keras untuk menang. Syabas.

Kepada yang mengundi dan menyokong Pakatan Rakyat, tahniah juga diucapkan kerana anda telah melaksanakan tanggungjawab anda dengan cemerlang dalam pilihanraya kali ini. Segala usaha anda untuk mengubah sesuatu yang anda percaya selama ini, memang harus dipuji.

Kepada Kerajaan baru lama yang bakal ditubuhkan besok, sila tubuhkan sebaiknya demi rakyat. Saya cuma berharap, kalian semua kotakanlah janji anda semua, kerna rakyat mengharapkan itu bila anda sudah berkuasa esok. Kepada pembangkang, teruskan usaha anda membangkang. Negara kita kini lebih baik dengan kehadiran anda semua. You guys did an awesome job to moved Malaysians, so keep it up. Kehadiran kalian akan membuatkan kerajaan baru kali ini lebih rajin untuk memperjuangkan hak rakyat dan nama Malaysia.

Semoga selepas ini kita semua akan lebih aman dan harmoni hendaknya. Hentikan segala tomahan dan hinaan, mari kita berkawan dan berdamai demi masa depan negara yang lebih padu.

Salam.

Demi Malaysia.

KHAIRUL HAZWAN
1.15 pagi
6 Mac 2013