Seperti Kaduk Naik Junjung
Assalamualaikum.
Hows ur weekend? KH harapkan kalian semua enjoy + happy menyambut weekend kalian semua. Weekend kali ini agak special kerana ada date 11.11.11 buat semua. Im sure ramai baby yg lahir tarikh ini, yang menikah pun ramai, kahwin, sambut birthday, baru nak declare nak kapel, baru nak bertunang, dan sebagainya lah. for sure ramai nak jadikan tarikh ini special untuk semua.
So as for KH, tarikh 11.11.11 is another date yg busy mcm tahun-tahun sebelumnya. Macam tahun lepas, 10.10.10 KH busy dengan wedding Datuk Dr Sheikh Muszaphar + Datin Dr Halina, atau lebih dikenali dengan Wedding Angkasawan of the Decade (FYI kepada yang tidak tahu, Dr SMS tu Angkasawan negara lah!). So tahun ini sama jugak, sama busy nya, tapi tahun ini KH busy dengan wedding kerabat Di Raja Sultan Kedah.
The wedding was superb, beautiful, awesome! (nanti KH update gambar okay, sebab kali ini post tiada gambar, cuma bebelan sahaja). Just mesti kalian pelik tajuk post ini mcm pelik jer kan? Kaduk? memang pelik, sepelik KH terhadap apa yang KH nak ceritakan kepada anda.
Al-kisahnya bermula bila KH dah sampai Kedah. memang KH datang dengan team KH. Kitaorg datang dengan sebiji kereta dan sebiji van (banyak kenderaan sebab team photo dan video datang sekali). Wedding kali ini memang besar. So memang nak ramai cover sebab melibatkan Sultan dan kerabat-kerabatnya. As for KH, KH memang Official Photographer untuk wedding kerabat Kedah ini. KH datang dengan seorang assistant KH. both of us dari KL. Kitaorang sampai awal, 10.11.11 dah sampai kat Kedah. masa sampai tiada masalah. check in hotel, recce tempat semua dah siaplah. then tiba masa nak shoot nikah on 11.11.11. bila nak shoot nikah, tiba-tiba KH lihat ada ramai photographer. KH pelik, siapa plak lah semua ni. KH kenal pun tak. then masa reception on 12.11.11, pun ada lagi photographer yang KH tak kenal. KH mcm pelik, pastu KH ada tanya dengan client KH, ada ke dia hire photographer lain selain dari KH. Dia jawap takde. KH musykil. Tapi KH malas nak amik port lah.
Sampai lah ada satu masa time reception, time dah nak habis wedding, kalau tak salah time tu KH baru sahaja selesai amik gambar Tuanku Sultan Kedah berangkat pulang. Time tu assistant KH datang dan berbisik kepada KH yang ada sorang budak ni banyak cakap dari tadi. Dia boleh sound-sound budak-budak KH buat kerja. Ada la dia sound budak video kenapa tak record lah, dia sound photographer kenapa tak amik gambar lah, macam-macam lagi lah. Assistant KH dah nampak panas. pastu assistant KH pun bagitau, sepanjang KH buat kerja, budak tu kerja nak tiru jer angle KH. meaning that, setiap mana tempat KH duduk amik gambar, lepas tu mesti budak tu pergi tempat KH amik gambar, and curi segala angle KH. KH pelik, tapi relax dulu. malas nak argue apa-apa. sebab time tu kan time bekerja.
Lepas habis wedding, KH try tanyela budak mana yang bising-bising dari tadi. Rupanya dorang cakap ada la budak ni yang baru nak jadi ‘cameraman’, baru dapat pegang jawatan kat sebelah utara ni, dah berani bersuara sana sini. kononnya dia ni somebody dah lah kat sebelah utara ni. KH pelik. kalau somebody, kenapa KH tak kenal dia eh? hm then barulah KH faham. dalam hati, KH cuma boleh katakan, budak ni ‘seperti kaduk naik junjung’. tak tahu apa maksud peribahasa ni? sila google!
KH bukan apa, sebab pada KH, apa yg budak ni lakukan, macam seorang budak yang tak sekolah. Main sound orang sana sini. Bebudak video and photo KH semua dah panas dah dengan budak ni. Nasib baik KH yang face benda ni. Kalau orang lain, rasenyer budak ni dah kena luku kepala dah. Berani plak dia sound-sound orang time wedding besar mcm tu. Bukan apa, orang lain tengah bekerja, silalah hormat. anda tu dah la datang tak bagi salam kat tuan rumah, pastu datang ala-ala bos dengan muka ketat tak reti nak senyum, pastu mengarah orang sana sini, mcm lah event tu dia yang yang punya. Agak-agak lah kalau nak buat mcm tu, tengok tempat sikit. Kalau wedding tu adik sedara dia punya event, KH fahamlah kan. Pastu, dah la baru jadi ‘cameraman’, dah nak berlagak sana-sini. KH ni dah 6 tahun buat kerja ini, rasanya dalam sejarah KH jadi photographer sampai KH berjaya pusing satu dunia ni pun, KH tak pernah buat kerja bodoh seperti mamat ni. benda ni boleh fikir dengan akal yang waras ni. Kalau lah mamat ni terbaca penulisan KH ini, fikir-fikirkan lah. bukan apa, untuk kebaikan bersama jugak. Tak guna berlagak, sembur aircond sana sini. tak kemana pun anda kalau anda hanyalah seorang ‘cameraman’. Orang lagi respek ‘photographer’ yang ada idea sendiri, creative, menghormati orang sekeliling, bijak, bukannya ‘cameraman’ yang berlagak seperti bos, masam muka, curi angle orang masa nak ambil gambar, dan tidak menghormati orang lain. Lagi satu, kalau rasa diri tu dah hebat sangat, kenapa client tak hire budak tu eh? padahal budak tu memang duduk kat sebelah utara. kenapa client tu sanggup bawak KH dari KL ni semata-mata nak captured precious memories dia? tepuk dada, tanya selera.
Papepun, KH nak nasihatkan kepada semua, tak kira apa sahaja kerja yang anda lakukan, sila ‘ikut resam padi, makin berisi, makin tunduk’.
Okaylah, Sampai sini dahulu, nanti lagi panjang KH tulis, karang nangis tak henti-henti plak budak ‘cameraman’ tu baca penulisan KH harini…

Update sekeping foto teaser wedding di Kedah tempoh hari. Dayang Nurfaizah merupakan artis jemputan bagi wedding Kerabat Di Raja Kedah tahun 2011.
Assalamualaikum.
Sign Off,
KH
Salam Eidul Adha dari KH
Assalamualaikum..
Semperna kita semua menyambut Hari Raya Aidil Adha pada hari ini, KH mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Eidul Adha kepada semua umat Islam diseluruh dunia, tak kira yang berada di Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand, Mesir, New York, London, Paris, Finland, Dublin, Alor Setar mahupun di Ijok. Hope u guys have a wonderful celebration. Kepada yang sedang menunaikan ibadat haji di Tanah Suci Mekah, KH doakan kalian menjalankannya dengan sempurna dan penuh ketaqwaan. Hope mendapat keredhaan Allah. Kepada yang drive ke kampung, drive safely. Biar lambat asalkan selamat. Ingatlah orang yang tersayang.
Anyway, Salam Eidul Adha kepada semua KHearts, maaf zahir dan batin, dari KH & Family!
Sign Off,
KH
Garden Wedding of Miza + Boy
Assalamualaikum.
Setelah seminggu, baru KH dapat siapkan editing album Miza + Boy. Alhamdulillah lah, agak rushing sebab kena siapkan cepat, sbb dorang nak balik Ireland dah. eh? tak tahu eh. Miza dan Boy keje sana, dorang doktor pakar kat Dublin.
Sejarah KH dengan both of them sangat lama. Start with wedding Datuk, Dr. Sheikh Muszaphar (Angkasawan Negara) + Datin Dr. Halina. Time tu KH cover wedding of the Decade 2010 ni lah. Time tu lah kenal Miza. Miza ni actually adik kepada Datin Dr. Halina. Memang mulut die kecoh sangat time tu. Borak-borak punya borak, last-last jadi kawan. Then masa KH Tour in Europe 2011 tempoh hari, Miza ade kat Dublin masa KH 1st stop kat Dublin. So Miza dan Boy lah yang melayan kerenah KH sepanjang KH kat Dublin tu kan.
Sepanjang perkenalan KH dgn Miza, she’s is someone yg happy go lucky, tak kering gusi, ketawa jer, mulut becok, lively, memang kenalah dengan Miza yang merupakan seorang pakar pediatrik kat one of Dublin hospital di Ireland. Boy lak agak reserve orang nya. Abang Macho. Cool jer. But if u know deep inside him, Boy ni giler kelakar wei. Time KH buat pre-wedding shoot dorang di Dublin and Giant Causeway, mula-mula Boy ni pemalu. susah giler nak senyum, nak pose, nak buat itu ini semua malu. Tapi bile u dah kenal and boleh masuk dengan kepala dia, tak yah suruh wei, Boy pose sendiri!
Somehow, experience KH berkawan dengan Boy and Miza mematangkan KH sendiri. Bukan apa, bila kita kat dunia luar, kita nampak apa yang dunia luar ada berbanding negara sendiri. Bukan nak cakap Malaysia ni tak bagus, cuma lagi banyak kita berjalan, lagi luas pandangan. And this people memang ade mentality nak maju seperti org dunia luar sana. So KH besyukur KH dikelilingi orang yang membantu KH untuk mencapai impian KH.
And is an Honour for me to captured precious moments for Boy and Miza. Dari Nikah, sampailah ke resepsi garden wedding di sebelah miza di Putrajaya, KH managed to captured good moments sebagai bekalan newlyweds ini mengharungi life mereka sebagai husband and wife di Dublin tu nanti.
Enough said, banyak sangat bebel (bukan ape, teringat balik kenangan dengan budak dua orang tu, buat jari ni tak nak berhenti menaip). Apa pun, kali ini, KH mempersembahkan koleksi terbaru KH bersama Boy and Miza. Garden wedding di putrajaya, dengan angin sepoi-sepoi bahasa, dengan alunan bunyi air tasik yang berombak, dengan bunyi daun kelapa seperti mood di hawaii, cukup untuk menambat sesiapa sahaja yang hadir majlis resepsi miza dan boy. Hope kalian semua enjoy dengan work KH kali ini, and sampai kita bertemu lagi di lain entry, assalamualaikum..
p/s: sweet kan dorang? 🙂
Sign Off,
KH




















