Film Maker

chitchat

Hurry Raya Terkejut 2022

Seriously, hari raya tahun ini adalah yang terbaik sepanjang ingatan aku.

Paktam & Maktam Open House @ Serendah

Syawal 1443. Mei 2022.

Siapa sangka, selepas 2 tahun tak dapat beraya dengan norma biasa akibat pandemik, tuhan anugerahkan satu raya yang indah untuk tahun ini. Kalau ikut sejarah, hampir 20 tahun hari raya kita di Malaysia tidak lari daripada telahan tarikh didalam kalender kuda di dinding. Siapa sangka hari raya yang berubah awal sehari, memberikan kegembiraan tidak terhingga buat semua umat islam di Malaysia.

Anda tertanya, apa yg bestnya raya tahun ini?

Excitement keseronokan berhari raya yang lama sudah kita tidak terasa saban tahun menyambut Aidilfitri. Dengan elemen ‘surprise’ tahun ni, mood raya tiba-tiba klimak buat semua. Kelam kabut masing-masing membuat persiapan terakhir adalah excitement sebenar yang sudah lama hilang dalam setiap sambutan Aidilfitri sebelum ini.

Ika & Amy Open House @ Gamuda Garden

Hurry Raya Terkejut untuk tahun ini.

Start je dari pengumuman raya pada pukul 8 malam 1 Mei 2022 oleh Tuan Syed Danial Syed Ahmad yang mengistiharkan esok raya, sepelosok umat islam di Malaysia menjadi kelam kabut.

Ada yang sudah solat tarawikh 6 rakaat.

Ada yang tak prepare lagi barang untuk juadah raya. Kelam kabut ke supermarket lepas pengumuman dibuat.

Ada yang kelam kabit kait daun palas malam-malam.

Jiran belakang potong rumput rumah pukul 1 pagi.

Ada yang dah beli tiket bas dan flight ke kampung pada hari isnin, dengan assumption raya jatuh hari selasa.

Ada yang pagi raya makan mee segera dulu sementara nak siap masak ketupat rendang.

Kedai gunting rambut penuh dengan pelanggan sebaik sahaja pengumuman raya dibuat.

Mesin ATM satu Malaya kehabisan duit.

Yang plan untuk drive balik kampung hari isnin, malam ahad tu terus kemas baju dan gerak ke kampung sebab nak kejar solat aidilfitri pada keesokkan harinya.

Daging lembu tak sempat beli. Ada insan di facebook yang offer untuk sembelih seekor lembu malam itu juga untuk memenuhi permintaan daging last minute sebab masing-masing tak sempat beli daging lagi (plan nak beli esok).

Stesen minyak kehabisan minyak. Banyak kereta tersadai ditepi jalan kerana lori minyak tidak sempat sampai ke stesen minyak untuk topup minyak akibat kesesakan jalan raya yang terlampau teruk.

Berbagai kisah menarik yang terjadi pada tahun ini. Indah pada aku. Aku pasti indah juga buat semua.

Aku dan adik aku tak beli baju raya lagi pada malam raya. So malam tu, lepas je pengumuman raya, terus round area Jalan TAR nak cari baju raya. Nasib baik masih ada. But the best part masa ni adalah aku tengok sangat ramai umat manusia memenuhi bandar KL ke Jalan TAR untuk membeli persiapan terakhir raya terkejut tahun ni. Walaupun sesak, aku still gembira melihat keadaan ini. At least everyone dapat beraya ‘sempurna’ disamping keluarga masing-masing.

2 tahun tak dapat beraya, tapi kali ini Dia hidangkan sebuah raya yang amat bermakna buat semua. Syawal terbaik yang pernah aku lalui. Syawal yang indah buat semuanya.

Terima kasih Allah.

KH

29 Syawal 1443


Media Sosial

Lokasi: Sebuah Kafe Kopi & Teh

Aku tepu.

Mungkin kerna tekanan kerja yang meninggi. Mujur hari ini hari minggu. Jadi dalam keadaan aku yang tepu ini, aku mengambil keputusan untuk singgah di sebuah kafe kopi, duduk diam dan cuba mencari saki baki inspirasi yang masih tinggal untuk diguna pakai bagi aku harungi hari yang tinggal.

Kelihatan tiga anak muda baru masuk ke kafe. Selesai membuat pesanan, mereka bertiga terus duduk di meja belakang aku sambil mengilai ketawa. 1 lelaki. 2 wanita. Diawal 20an mungkin.

Aku mula memasang telinga. Agak menarik topik perbualan mereka (Disclaimer: aku tidak memasang telinga, tetapi perbualan mereka dengan kadar bunyi yang amat tinggi membuatkan gegendang telinga aku terpaksa menadah untuk menyelami kisah mereka)

Girl 1: Babe, u know what happen to Ryan? (bukan nama sebenar)

Girl 2: Im not sure. Haven’t heard about him for a while. Why, ada updates baru from him ke?

Girl 1: No la. It just I’m so pelik with his IG post lately.

Girl 2: Kenapa eh?

Girl 1: U know kan him and Jess (bukan nama sebenar juga ya) dah break up? So i stalk their post on ig and stories. It seems they still have not move on with each other.

Girl 2: Yeke? I rasa Jess macam dah move on jer. I tengok post dia, gambar dorang berdua dah kena delete. And most of Jess photos now are single.

Girl 1: Memang lah. But if you remember her IG stories post on this date bla..bla.. and then after that another post on the another day saying that bla..bla.. so it seems that Jess haven’t move on entirely lah. Plus when I read Ryan’s IG stories yesterday, he wrote the quotes bla..bla.. I suppose that Ryan also dedicate that quotes to Jess.

Girl 2: But bukan ke Ryan and Jess dah tak follow each other after they break up?

Girl 1: Yup. That’s right. But I think there is someone who update each other’s post to both of them. Jess know that Ryan didn’t follow him, but she write that like Ryan can see the stories.

Girl 2: Eh yelah. I think U r right. I just realized that post, but i didnt think the Jess post is to Ryan, coz i assume that Ryan dah tak follow her. Make sense lah now.

Boy 1: *Angguk-angguk tanda setuju

Perbualan mereka masih panjang. Tapi telinga aku mengambil keputusan untuk tutup buat sementara, kerna minda ini sudah mula menaip suku kata untuk entri blog kali ini. Antara dilemma sosial yang membuatkan aku tidak mempunyai sebarang media social akaun. Bukan kerna aku tidak bersetuju dengan semua kebaikan media, tetapi lebih kepada implikasinya terhadap sosialisasi masyarakat kini yang mudah untuk bercakap tentang anda, walaupun hakikatnya sudah 10 tahun mereka dan mereka tidak bersua muka mahupun bertukar mesej kata.

Lalu aku bertanya dengan diri aku, kalau aku masih di dalam media sosial, adakah kalian juga sedemikian rupa?

KH


Satu Dekad Di Simpan Rapi

30 Novermber 2021.

Hari ini merupakan hari terakhir aku sebagai seorang pengarah kreatif. Dari sebuah studio kecil yang diberi nama Loulpop Studio, sehingga sebuah empayar bernama Kharya Media, sedekad memerah idealogi, visualisasi, kemampuan, skills dan kemahuan, kini sudah sampai masanya untuk legasi ini di tidurkan untuk sekian kali, setelah sedekad melakar seni.

Tidak.

Jawapan itu untuk soalan kalian adakah pemergian ini buat selamanya. Buat masa ini, semua perancangan untuk meneruskan impian membina sebuah empayar visual terpaksa di tidurkan buat seketika. Bukan tidak mahu, bukan saja tidak berani atau tidak mampu, tetapi lebih kepada sebuah hibernasi seketika untuk memberi peluang mata dan angan ini untuk berehat, biar segar untuk perjalanan yang seterusnya, jika masih ada nyawa dan jiwanya.

Sebab lain, mungkin minda ini sedikit tepu, sedikit hilang fokus tuju. Dua tahun setengah pandemik ini memberi masa untuk aku reset kembali dan membuat evaluasi memyeluruh terhadap keadaan diri. Sedekad itu bukan sebentar atau mudah. Sebab itulah mereka-mereka ini perlu pergi bercuti buat seketika, rehatkan diri dari tekanan yang meminta-minta. Moga nanti bila diseru mereka kembali, datangnya seperti harimau yang laparkan rusa, yang mampu menghasilkan karya yang lebih enak untuk dipersembah kemata anda semua.

Secara dasarnya, aku masih lagi akan berkarya, tetapi kali ini segmen yang agak berbeda dengan rutin aku selama sedekad ini. Tiada lagi mengikut kemahuan aku, kepercayaan aku ataupun kemampuan aku, tetapi lebih kepada sebuah kolaborasi bersama dengan pasukan yang baru, ideologi baru, dan halatuju yang mungkin sedikit berbeda dari yang sebelumnya, namun mungkin lebih jitu.

Bermula Disember 2021, aku akan bersama dengan sebuah organisasi kecil bertaraf dunia, dan secara asasnya, aku akan membantu mereka membina visual mengikut citarasa mereka pula. Mengikut resipi mereka, ramuan rempah ratusnya mengikut halatuju organisasi mereka. Tiada lagi untuk aku, tiada lagi angan-angan mat jenin aku. Semuanya untuk mereka dan mereka. Dan aku rasa kolaborasi ini amat perlu untuk ketika ini. Untuk aku, dan juga mereka. Aku perlukan rehat dari imaginasi liar aku, bereksperimentasi dengan lakaran dan output yang lebih baru dalam mengikut peredaran waktu. Dan mereka pula memerlukan aku untuk visualisasi mereka yang baru, supaya organisasi mereka bertambah maju. Jadi, kolaborasi ini seharusnya baik untuk kedua-dua kami, bukan begitu?

Kolaborasi ini diharap supaya dapat mencapai cita dan azamnya. Usaha buat mereka, mereka memerlukan semua ini dalam meneruskan rencana mereka menjadi gergasi dunia. Dan untuk aku, aku juga mahu membantu mereka-mereka ini menjadi gergasi dunia, kerna pada aku, mereka layak. Diharap dengan kolaborasi ini, aku dapat sedikit sebanyak membawa mereka ke persada dunia melalui mata, idea dan pengalaman luas aku sebagai seorang perkarya.

2011-2021.

Memori 10 tahun sebagai seorang pengarah kreatif banyak membantu aku menjadi seorang manusia. Terlalu banyak ilmu dan pengalaman yang dikutip dalam perjalanan ini. Syukur lah, Tuhan memberi peluang 10 tahun kepada aku untuk menzahirkan apa saja visual yang aku inginkan selama ini. Aku puas, dan tidak pernah sekali terdetik nada sesal dalam perjalanan ini.

Aku amat gembira sebenarnya bila mengenangkan kembali semua pencapaian aku selama sedekad berkarya membina visual. Tiada pernah rasa jemu. Aku rasa bebas selama sedekad ini, menghasilkan karya mengikut apa yang selalu di imaginasikan di dalam mimpi-mimpi aku. Aku beruntung diberi peluang ini, dan aku pasti tiap kali kalian akan bertanyakan soalan ini, jawapan aku tetap sama, aku puas dan redha dengan segalanya.

Dari Spider, Faizal Tahir, Hannah Delisha, Altimet, Hafiz Suip, Adira, Datin Alyah, Khai Bahar sehinggalah ke Tokti, Nissa Sabyan dan Taufik Batisah, semua ini aku akan kenang sebagai sebuah memori yang terlalu indah sebagai seorang tukang gambar. Siapa sangka anak kampung dari Kedah ini, dengan tiada pendidikan khas dalam bidang seni visual, tidak pernah ke sekolah filem dan seni, tetapi mampu menghasilkan karya-karya visual untuk nama-nama tersohor di bumi Malaya ini. Tiada bukan? Aku sendiri pun tak pernah mimpikan mimpi seindah ini. Aku bersyukur dengan semua nikmat yang pernah diberi.

Aku bangga.

In the end of the days, aku bangga dengan semua visual yang pernah aku hasilkan. Aku bangga dengan setiap mereka yang setia bersama aku dari awal sehingga ke hari ini, tak kira yang datang dan juga pergi. Moga suatu hari nanti, air tangan aku ini akan ditagih kembali oleh industri supaya kesinambungan visual aku dapat di bangunkan dari tidurnya kembali. Kita doa moga masa itu akan tiba nanti.

Tetapi untuk masa ini, biarlah ia tidur dulu, sendiri.

Selamat tidur, KH.


2021

Lama tak menulis. Maaf. Mungkin emosi terganggu, pandemik berleluasa, atau alasan yang paling selamat, amat sibuk dengan tugas. Heh. Anyway, dah alang-alang menulis, better tulis something that i can remember later kan? Hih.

Assalamualaikum rindu.

Itu saja bermain didalam sanubari ini. Yang sudah tiada, yang akan tiada, juga yang sedang ada, aku rindukan setiapnya. Rasanya hela ini tidak dapat menceritakan semuanya disini. Tapi cukuplah dengan nota ini, buat ingatan aku di depan hari.

2021.

Panjang sungguh perjalanan tahun ini. Tahun dimana semua perancangan jadi gagal, semua harapan kelam dalam tiap satu malam. Semuanya suram. Bungkam. Langkah jadi henti dengan masa. Tiap detik ditekan dengan persoalan, sampai bila? esok masih ada? Kenapa?

Soalan demi soalan bertanya. Namun masa tak tunggu. Terus berjalan tatkala aku masih berdiri diam disitu. Bukan tidak mahu berlalu, tetapi keadaan yang buat semua membatu.

Aku bukan ingin berlari, hanya mahu berjalan melalui tepian lorong yang sesak dengan rasa dan keinginan. Tetapi mungkin tidak bisa. Jalan yang ada cuma laluan kosong, atau tersekat tiada lorong. Semakin lama berdiri, semakin kabur pandangan hati. Aku akui, aku mula hilang jati diri. Cuba mencari, tapi tidak ditemui.

2021.

Banyak lagi kata yang ingin diperkatakan. Tunggu entri selepas ini. Sebuah dedikasi yang ingin di catatkan sebelum Disember nanti. Sudah ada kekuatan nanti, akan aku tulis lagi.

Salam.


MCO 2020

Aku tulis disini sebagai ingatan di hari kemudian:

Movement Control Order 2020 – Malaysia

Fasa 1 – Original MCO Mac 18 – Mac 31

Fasa 2 – 1st extension April 1 – April 14

Fasa 3 – 2nd extension April 15 – April 28

Fasa 4 – 3rd extension April 29 – May 12

Fasa 5 – Conditional MCO May 13 – June 9

Fasa 6 – Recovery MCO June 10 – August 31

Yang pahit itu bisa dijadikan indah jika hati terang menerima ketentuan. Jalan perlu terus jalan, angan perlu diterus angan, moga ingin tiba di suatu hari nanti membawa khabar gembira.

Sebelum terlambat, Salam Syawal 1441 diucapkan kepada semua. Maaf jika tiada ucapan khusus untuk semua. Aidilfitri ini penuh bersederhana, hanya doa menjadi zikir di setiap tika. Sekali lagi, ampun maaf zahir dan batin buat semua. Selamat Hari Raya.

KH