Thaipusam 2014

Salam.
2014. Akhirnya.
Saya mulakan tahun ini dengan sedikit ucapan kepada semua teman diluar sana, ‘Selamat Tahun Baru 2014’! maaf lah lambat wish (17 hari terlepas). Sibuk dengan urusan kerja (alasan!), sebab tu lambat sangat update disini. Walau bagaimana sibuk pun, tetap saya cuba meluangkan masa disini.
OK. Tahun ini saya mulakan dengan gambar terbaru saya untuk perayaan Thaipusam tahun ini. tak banyak saya dapat kupas perayaan kali ini. Mungkin akibat kesibukan di studio (alasan!) membuatkan saya tidak membuat persiapan sepenuhnya untuk photo hunt kali ini. Tapi walau apa pun, tetap saya cuba meluangkan masa untuk tidak melepaskan peluang merakan detik meriah Thaipusam tahun ini.
Bersama Farra Olivia dan Bali Mie, kami bergerak menuju ke Batu Caves seawal jam 5 pagi (tak la awal sangat memandangkan perarakan bermula jam 11 malam). Keputusan impromptu setelah berbincang selama 5 minit, kami terus pack kamera, start enjin kereta, dan terus mengharungi jalan tanpa sebarang sarapan. Jalan tak jem sangat, jadi kami sampai awal dan dapat parking yg best.
Kelihatan ramai sudah yang berada disana. Rata-rata penganut beraha Hindu berada disana. Tidak ramai photographer pada hari ini. Saya sempat bertemu dengan sifu saya, Shamsharin di sana. Beliau sedang dalam tugasan untuk European Press Agency (EPA). Salam, sapaan dengan sedikit gelak tawa kami berdua, then terus saya memulakan sesi menembak.
Nikmatilah hasil karya saya untuk Thaipusam kali ini. Nanti ada masa saya tulis lagi.
KH.
Lautan Hitam 2013

Tolak Penipuan PRU13.
Itu intipati utama perjuangan Pakatan Rakyat kali ini. Hari ini, 8 Mei 2013, sejarah Malaysia sekali lagi diukir oleh Pakatan Rakyat dimana lebih 120,000 rakyat Malaysia berkumpul di Stadium Kelana jaya bagi memprotes Pilihanraya Umum 2013 yang diadakan baru-baru ini.
Saya berada disana, kebetulan mungkin. Bukan untuk menyokong, tetapi sebagai seorang rakyat Malaysia yang mahu mendengar hujah dari ketua Pembangkang negara mengenai soal PRU13 tahun ini. Dikhabarkan PRU13 kali ini dicemari dengan segala bentuk penipuan.
Ramai yang mengatakan kepada saya supaya jangan pergi, katanya tiada permit. Tapi sebagai seorang photojournalist, alasan budak-budak ini tidak menghalang saya untuk merakam detik bersejarah ini sebagai koleksi peribadi saya. Tidak banyak yang berjaya saya kupas kali ini, mungkin faktor lautan hitam manusia yang terlalu ramai yang membuatkan saya sukar bergerak. Eh, ini alasan kan? 🙂
Enjoy hasil nurkilan saya untuk malam ini.
Salam sayang buat semua.
Selamat Malam,
KHAIRUL HAZWAN
Notakaki: Teringin juga nak shoot gambar PM kita buat himpunan sebegini.
Tahniah kepada Rakyat Malaysia!
Tahniah kepada Barisan Nasional diatas kemenangan semasa Pilihanraya Umum 2013. Anda memang layak memenangi selepas semua usaha keras anda.
Kepada Pakatan Rakyat, anda telah menjalankan tanggungjawab yang cemerlang sebagai pembangkang. Negara kita kini lebih alert dengan suara rakyat kerana usaha anda.
Kepada semua penyokong parti, hentikan segala tomahan, rasa marah dan benci. Mari kita berbaik-baik, bersama membina kembali negara kearah yang lebih baik. Bersyukur kerana kita ada penyokong dan pembangkang yang kuat, kerna sebab mereka, kini kita punya peluang bersama utk mencorakkan negara ini kearah yang lebih indah.
Hentikan kebencian, semaikan rasa sayang antara kita.
Salam,
KHAIRUL HAZWAN
Insan yang cintakan negaranya
Demi Malaysia

5 Mac 2013 dan Malaysia.
Sinonim kan untuk entry kali ini?
Kepada yang tidak menyedari kaitan diantara tarikh ini (yang mana tak tahu tu memang sah-sah duduk dalam gua), hari ini merupakan hari Pilihanraya Malaysia yang Ke-13. Ini bermakna hari ini merupakan hari yang bersejarah untuk negara dimana sekali lagi, kerajaan akan dipilih semula selepas selesai penggal kerajaan lama yang di tadbir oleh Barisan Nasional selama 55 tahun, sebelum ini. Siapa yang memilih?
KITALAH!
Berkesempatan dengan ‘demam pilihanraya’ yang sudah sampai ke penghujungnya ini, saya ingin mencoretkan sesuatu buat kenangan untuk saya. Sejak dua minggu lepas, saya mengikuti secara menyeluruh kempen pilihanraya yang dijalankan oleh semua calon-calon parti di seantero Malaysia. Dari Perlis sehingga ke Johor, dari Sarawak ke Sabah. Bukan apa, tapi saya sebagai seorang rakyat yang mencintai negaranya ini ingin melihat sejauh mana keupayaan parti-parti yang bertanding kali ini menggubal menifesto atau ideologi baru bagi menarik minat penggundi mengundi mereka. Saya bertekad kali ini, saya ingin memberi peluang kepada diri ini untuk menilai sejauh mana negara kesayangan saya ini dapat memacu jauh lagi, buat anak-anak dan generasi akan datang. Pada saya, keputusan yang kita akan buat pagi ini, bakal mencorakkan warna masa depan generasi akan datang dan masa depan Malaysia.
‘Ini Kalilah’ atau ‘Lain Kalilah’?
Pendebatan yang sangat positif dari pucuk pimpinan kedua-dua parti, sehingga kepada rakyat jelata yang berkempen menggunakan facebook dan twitter. Hebat, bisik hati saya. Selama saya hidup diatas bumi Allah selama 31 tahun, inilah kali pertama saya dapat menyaksikan persaingan sengit dalam perayaan pilihanraya yang ke-13 ini. Kagum dimana semangat rakyat memuncak untuk berkempen bagi pihak parti masing-masing. Sangat membuak-buak.
Semangat saya juga membuak.
Membuak bukan?
Barisan Nasional banyak memperjuangkan kejayaan partinya memerintah Malaysia selama 55 tahun. Banyak menggunakan sejarah sebagai medium utama kempen, juga ideologi transformasi bagi memenangi hati rakyat.
Pihak lagi satu iaitu Pakatan Rakyat, yang diketuai oleh Dato Seri Anwar Ibrahim menggunakan kempen yang lebih kepada bercerita tentang penderitaan rakyat, penyelewengan kerajaan, pendedahan rasuah dan salah laku pegawai kerajaan, menurunkan harga kereta, hapuskan PTPTN, hapuskan tol, beri air percuma, turun bil elektrik, turun harga minyak dan memberi bantuan kepada rakyat serta memperjuangkan ketelusan dan amanah.
Jadi untuk malam yang terakhir, saya memberikan peluang kepada diri saya untuk menghadiri buat kali julung dan terakhir (kalaulah kan kali terakhir, aku pun tak tahu), pada malam berkempen yang terakhir ini menghadiri ceramah perdana yang dianjurkan oleh Parti Pakatan Rakyat. Lokasi di Lembah Patai dimana seperti yang semua sedia maklum, pertandingan hebat disini adalah diantara Nurul Izzah dan juga Raja Nong Chik.
Kenapa saya kesana?
Satu sahaja, kerana saya mahu mendengar buat kali pertama dan mungkin buat kali terakhir seorang yang dikatakan bakal Perdana Menteri ke-7 Malaysia berucap sebagai seorang rakyat, bukan sebagai Perdana Menteri (kalau dia terpilih lah).
Jadi cerita untuk hari ini, saya sampaikan dalam bentuk foto, kerana saya seorang yang tidak pandai menulis kalau nak berceloteh pepanjang, tapi saya lagi suka jika pembaca nilai segalanya melalui sentuhan lensa dari saya. Selamat menilai dan selamat mengundi untuk semua!
Kerajaan esok bergantung kepada undi 28 juta rakyat Malaysia hari ini. Undi KITA.
Apa tunggu lagi?
Demi Malaysia,
KHAIRUL HAZWAN
3.53 pagi
5 mac 2013