Film Maker

Latest

Twitter & Facebook

If Twitter and Facebook were school subjects, my parents would be so proud of me. -KH

Yup!

I’m agreed with statement diatas. KH pernah terfikir laa, masa KH muda-muda dulu (Oppss! saya sudah tua rupanya), KH memang malas nak belajar. Asyik ponteng class sebab tak suka belajar. suka main dari belajar. sebab KH memang tak suka belajar. suka berangan, imagine benda-benda pelik, melukis, conteng sana sini. Tapi yang penting, memang tak suka belajar. Kalau lah sesapa keluar je perkataan belajar, baca buku, buat kerja sekolah or buat latihan, slow-slow KH akan undur, tengok kiri-kanan, make sure everything clear, then cabut lelaju, gie padang cari kwn-kwn nak ajak main. punya la tak suka belajar kan?

17 tahun kemudian…

Harini sudah ada twitter & facebook. And KH admit, twitter and facebook is part of my life nowadays. KH tak boleh kemana-mana tanpa ada FB dan twitter. If not, hidup KH nnt boring, wondering ape la org update kat twitter or facebook KH time line tader tu kan. back to statement di atas tu, KH memang terfikir, kalaulah kat sekolah KH dulu ada subject twitter and facebook, KH sure score A+++! Sebab memang Kh addicted giler-giler with 2 benda ni. Even kalau org tak suruh pun, KH akan tetap update twitter and facebook tanpa jemu dan dedikasinya.

i just wondered, kalaulah dulu KH boleh rajin belajar mcm mane KH rajin update twitter and facebook, sure sekarang ni KH berjaya cipta theory yang lebih gempak dari Albert Einstein, sebab surely KH akan menjadi lebih genius dari dia! hakhakhak!

Promote diri:
Kalau sesiapa yang ada twitter atau facebook, boleh lah add KH kat account korang yer. nanti kita boleh sambung borak kat sana.

twitter.com/karloshazwan
facebook.com/carloshazwan

Sign Off,
KH

KH ke Canon????!!!!!

Apa? biar betul? KH dan tukar dari Nikon ke Canon? Erk!

Assalamualaikum…..

Salam Ahad buat semua pembaca, KH hope kalian semua enjoy weekend ini. Rest bebanyak tau, sebab esok dah nak start kerja semula.Harini KH tak kemana-mana. Nak rest jer selepas semalam Kh buat shooting di sekitar KL selama 12 jam! Tak percaya? KH tak tipu la.Jup lagi KH cerita.

By the way, ada gossip mengatakan KH sudah berpaling tadah ke Canon. Habis? cmner dengan Nikon KH yang telah berbakti selama 6 tahun tu? Mcm mane KH boleh berpaling tadah ni? Apakah punca nya? Siapakah penyebabnya? Erk!

hmm….

Korang ni tak habis-habis gossip kan? memang suka bergossip ya. hihi. Takdelah, sebenarnya semalam KH telah pergi ke Canon Photomarathon Malaysia 2011 kat Pavillion KL. It’s like a photo competition + marathon (jangan tanya part marathon, KH pancit teruk semalam). CPMM2011 its actually an annual event by Canon, memang tiap-tiap tahun dorang buat. Tapi KH join event ini buat kali pertama, sebab selama ini KH tak dapat nak join sebab busy dengan shooting. Lagipun KH dan set dengan kawan-kawan photographer utk join CPMM2011 semata-mata untuk buat reunion. Yelah, masing-masing busy dengan kerja masing-masing, semua sekarang shoot keliling dunia, so masa yang ada ni, kitaorang dah janji utk join sambil buat reunion sama-sama. Dah lama pun KH tak shooting sesama dengan dorang. Last time, kalau tak silap is in 2008!


This is KH!


mereka ini tengah berebut angkat tangan sebab nak jawap soalan kat stage untuk mendapat FREEBIES!!!

From my personal opinion, i think Canon did a great job kali ini with their CPMM2011. Event yg teratur, well organized, plus tiada lagging dari segi pendaftaran masuk dan masa nak submit gambar. Plus, dorang sangat punctual with time, itu yang KH respect. Dari segi pengadilan, i have no issues sebab judges yang terdiri dari 7 super photographer di Malaysia ni. Dari segi tema, i would say, theme shooting CPMM2011 memang sangat mencabar dan menguji creativity para photographer yang join. memang bijak la siapa yang suggest theme utk shooting.

As for me, KH tak buat heavy shooting pun. KH datang with my 7D and 50mm f/1.8 (ya ya, saya tau saya dah pakai Canon, dan saya tau saya gila sebab saya datang event besar mcm ni dengan gadget yang tak seberapa). Memang masa event tu, rasanya KH jer yang paling simple. KH just pakai suar pendek, tshirt canon (ini adalah tshirt free. i love freebies!), and bawak 7D with 50mm tu dah melekat kat body. Beg? langsung tader. dalam pocket cuma ada wallet, blackberry dan air mineral sahaja. gila kan? 🙂 KH datang actually niat nak reunion jer sambil enjoy the competition with kawan-kawan. but deep inside me, KH memang nak cabar diri KH untuk composed gambar mengikut tema yang diberikan with this little 50mm ni jer. i love challenge!

Gambar KH?

Nantilah dulu. Once Canon dah umumkan pemenangnya nanti, KH akan tunjukkan gambar yang KH ambil. Bukan taknak tunjuk sekarang tau, tapi tak fair untuk orang lain nanti. Biar la judges settlekan part dia dulu sebab keputusan akan diumumkan pada 22 Oktober 2011 di Pavillion KL. Selepas itu, nanti KH akan up kan gambar KH yang tidak seberapa ni. Korang tunggulah okay!

Sign off,
KH

Travel photo, siap!

Wuhhuu!!!

Ehh… Assalamualaikum semua…

Hehehe.. sorry lah.. terexcited plak kan.. sebenarnya KH baru sahaja siapkan Travel Photo page seperti kat atas tu (sila klik button ‘Travel Photo’ kat atas tu).. its a compilation of travel photo KH selama KH travel pusing dunia ini.. seronok tau! and lagi seronok coz dapat captured photo yang cecantik kat negara orang..

Hope kalian semua enjoy photo kat travel photo page KH.. Dun worry, more to come.. Nanti KH akan tambah lagi photo kat dalam tu.. Tak larat nak sort out kat hardisk ni..banyak sangat and rambang mata.. hihihi..

Sign Off,
KH

9.10.11

Assalmualaikum semua.

Setelah sekian lama berfikir dan mencari buah fikiran, akhirnya lahirlah ‘KhairulHazwan Photologue’. Tarikh hari ini amat bermakna buat KH.

9.10.11 <—– Ini adalah OFFICIAL birthday untuk KH Photologue

Kepada yang mencari dimana hilangnya KH selama ini, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua. KH tidak hilang. cuma tidak dapat berblog panjang seperti biasa kerana masalah blog lama KH yang menghadapi masalah teknikal. So buat masa ini, KH berblog dahulu disini. Don’t worry, KH akan kongsikan semula gambar-gambar KH dari yang dulu sampailah sekarang ini. Itu pun kalau KH sempat untuk korek balik semua gambar lama dan post disini 🙂 Doakan KH dapatlah post semuanya kembai disini.

Kepada yang masih baru dalam industri photography ini dan tidak mengenali KH lagi, selamat berkenalan KH ucapkan. Hope you have a pleasant stay here. Nanti lama-lama anda akan kenal juga KH. jangan risau, KH tidak sombong, malah Kh suka nak bertegur sapa dengan anda semua kalau diberikan peluang. Jadi jangan malu-malu kalau terjumpa KH dimana-mana ya. KH akan jawab salam anda. Mana tahu, dengan satu salam anda, boleh mendapat teman baru kan? 🙂

Sampai disini dahulu. Banyak lagi yang perlu KH merayau dalam blog ini. Banyak yang perlu disiapkan. Tak best lah kan kalau kita ajak orang datang rumah, tapi rumah tak berbumbung, tak berdinding, tak bertoilet, pendek kata, rumah tak siap. So KH nak siapkan rumah baru KH ini. Kalau senang, singgahlah lagi. Mungkin akan ada perabot baru dari IKEA pulak selepas ini. 🙂

Sign Off,
KH

Design a site like this with WordPress.com
Get started