Film Maker

chitchat

Kerajaan Lama Yang Baru, Tahniah!

Alhamdulillah.

Hampir selesai siri pilihanraya negara yang ke-13. Walaupun keputusan masih belum official, memang gah sudah terserlah, Barisan Nasional sekali lagi bakal memenangi pilihanraya yang ke-13 kali ini. Tahniah diucapkan kepada semua penyokong dan pengundi BN. Anda semua memang bekerja keras untuk menang. Syabas.

Kepada yang mengundi dan menyokong Pakatan Rakyat, tahniah juga diucapkan kerana anda telah melaksanakan tanggungjawab anda dengan cemerlang dalam pilihanraya kali ini. Segala usaha anda untuk mengubah sesuatu yang anda percaya selama ini, memang harus dipuji.

Kepada Kerajaan baru lama yang bakal ditubuhkan besok, sila tubuhkan sebaiknya demi rakyat. Saya cuma berharap, kalian semua kotakanlah janji anda semua, kerna rakyat mengharapkan itu bila anda sudah berkuasa esok. Kepada pembangkang, teruskan usaha anda membangkang. Negara kita kini lebih baik dengan kehadiran anda semua. You guys did an awesome job to moved Malaysians, so keep it up. Kehadiran kalian akan membuatkan kerajaan baru kali ini lebih rajin untuk memperjuangkan hak rakyat dan nama Malaysia.

Semoga selepas ini kita semua akan lebih aman dan harmoni hendaknya. Hentikan segala tomahan dan hinaan, mari kita berkawan dan berdamai demi masa depan negara yang lebih padu.

Salam.

Demi Malaysia.

KHAIRUL HAZWAN
1.15 pagi
6 Mac 2013


Demi Malaysia

5 Mac 2013 dan Malaysia.

Sinonim kan untuk entry kali ini?

Kepada yang tidak menyedari kaitan diantara tarikh ini (yang mana tak tahu tu memang sah-sah duduk dalam gua), hari ini merupakan hari Pilihanraya Malaysia yang Ke-13. Ini bermakna hari ini merupakan hari yang bersejarah untuk negara dimana sekali lagi, kerajaan akan dipilih semula selepas selesai penggal kerajaan lama yang di tadbir oleh Barisan Nasional selama 55 tahun, sebelum ini. Siapa yang memilih?

KITALAH!

DSC_6697rs

Berkesempatan dengan ‘demam pilihanraya’ yang sudah sampai ke penghujungnya ini, saya ingin mencoretkan sesuatu buat kenangan untuk saya. Sejak dua minggu lepas, saya mengikuti secara menyeluruh kempen pilihanraya yang dijalankan oleh semua calon-calon parti di seantero Malaysia. Dari Perlis sehingga ke Johor, dari Sarawak ke Sabah. Bukan apa, tapi saya sebagai seorang rakyat yang mencintai negaranya ini ingin melihat sejauh mana keupayaan parti-parti yang bertanding kali ini menggubal menifesto atau ideologi baru bagi menarik minat penggundi mengundi mereka. Saya bertekad kali ini, saya ingin memberi peluang kepada diri ini untuk menilai sejauh mana negara kesayangan saya ini dapat memacu jauh lagi, buat anak-anak dan generasi akan datang. Pada saya, keputusan yang kita akan buat pagi ini, bakal mencorakkan warna masa depan generasi akan datang dan masa depan Malaysia.

‘Ini Kalilah’ atau ‘Lain Kalilah’?

Pendebatan yang sangat positif dari pucuk pimpinan kedua-dua parti, sehingga kepada rakyat jelata yang berkempen menggunakan facebook dan twitter. Hebat, bisik hati saya. Selama saya hidup diatas bumi Allah selama 31 tahun, inilah kali pertama saya dapat menyaksikan persaingan sengit dalam perayaan pilihanraya yang ke-13 ini. Kagum dimana semangat rakyat memuncak untuk berkempen bagi pihak parti masing-masing. Sangat membuak-buak.

Semangat saya juga membuak.

Membuak bukan?

Barisan Nasional banyak memperjuangkan kejayaan partinya memerintah Malaysia selama 55 tahun. Banyak menggunakan sejarah sebagai medium utama kempen, juga ideologi transformasi bagi memenangi hati rakyat.

Pihak lagi satu iaitu Pakatan Rakyat, yang diketuai oleh Dato Seri Anwar Ibrahim menggunakan kempen yang lebih kepada bercerita tentang penderitaan rakyat, penyelewengan kerajaan, pendedahan rasuah dan salah laku pegawai kerajaan, menurunkan harga kereta, hapuskan PTPTN, hapuskan tol, beri air percuma, turun bil elektrik, turun harga minyak dan memberi bantuan kepada rakyat serta memperjuangkan ketelusan dan amanah.

Jadi untuk malam yang terakhir, saya memberikan peluang kepada diri saya untuk menghadiri buat kali julung dan terakhir (kalaulah kan kali terakhir, aku pun tak tahu), pada malam berkempen yang terakhir ini menghadiri ceramah perdana yang dianjurkan oleh Parti Pakatan Rakyat. Lokasi di Lembah Patai dimana seperti yang semua sedia maklum, pertandingan hebat disini adalah diantara Nurul Izzah dan juga Raja Nong Chik.

Kenapa saya kesana?

Satu sahaja, kerana saya mahu mendengar buat kali pertama dan mungkin buat kali terakhir seorang yang dikatakan bakal Perdana Menteri ke-7 Malaysia berucap sebagai seorang rakyat, bukan sebagai Perdana Menteri (kalau dia terpilih lah).

Jadi cerita untuk hari ini, saya sampaikan dalam bentuk foto, kerana saya seorang yang tidak pandai menulis kalau nak berceloteh pepanjang, tapi saya lagi suka jika pembaca nilai segalanya melalui sentuhan lensa dari saya. Selamat menilai dan selamat mengundi untuk semua!

DSC_6802rs

DSC_6927rs

DSC_6956rs

IMG_8952rs

IMG_8981rs

IMG_9008rs

IMG_9014rs

IMG_9055rs

DSC_6863rs

DSC_6895rs

IMG_9078rs

IMG_9112rs

IMG_9191rs

IMG_9210rs

IMG_9237rs

IMG_9243rs

IMG_9280rs

IMG_9317rs

IMG_9339rs

IMG_9437rs

IMG_9450rs

Kerajaan esok bergantung kepada undi 28 juta rakyat Malaysia hari ini. Undi KITA.

Apa tunggu lagi?

Demi Malaysia,

KHAIRUL HAZWAN
3.53 pagi
5 mac 2013


19.4.13

At last.

Alhamdulillah.

Setelah bertahun-tahun fighting for domain khairulhazwan.com, akhirnya hari ini, hati ini tergerak untuk melupakan semua itu, dan beralih kepada domain saya yang baru ini iaitu khairulhazwan.net. (Jika kalau anda mengenali saya sejam 8 tahun dulu, im sure anda semua familiar dengan domain lama saya yang ber dot com itu)

Sayang?

Memanglah. Siapa tidak sayang domain lama saya. Tapi apakan daya, memang kami sudah tidak berjodohan lagi. Jadi hari ini, saya dengan ini melepaskan domain saya itu untuk selamanya (ini ayat frust menonggeng-lah)

Nothing much to update. Opps! Ade banyak sebenarnya. Tapi memandangkan saya terlalu obses dengan facebook saya, jadi saya jarang kesini. (mungkin sebab fed-up dengan fighting over year domain yang lama kot, huhu). Tapi don’t worry, dengan domain baru kali ini, diharap blog ini tidak berhabuk lagi. hehe!

Sini dulu.
KH


Kisah 5:50 pagi

Masih di studio. Masih kental berkarya.
Tiba panggilan Subuh, aku mendongak, terhenti ilham untuk berkarya.
Menarik nafas sebentar, terus berjalan menuju ke lampiran kain kecil.
Untuk seketikanya, untuk bersujud kepadaNya.

Salam Jumaat semua. Selamat pagi.

KH


Usah kau khutir, rancangan tak tergendala

Salam.

Alhamdulillah, sejak penulisan semalam, hari ini saya lebih bersemangat untuk membiarkan jari-jemari ini menari diatas papan kekunci ini untuk malam ini, buat kali kedua. Diharap ini bukan terakhir, kerna jari ini meminta untuk menari lagi untuk malam-malam yang seterusnya.

Malam ini, ditemani oleh alunan Biarlah dari Asyrah Hardy dan Dedeq Faz secara repeat (rasanya lagu ni ada repeat beratus kali dipaparan iTunes saya untuk malam ini. heh).

Routine hari ini masih sama, bangun pagi bila azan zohor berkumandang. Kemudian sambil mengambil mood di bilik mandi dengan beberapa batang rokok, otak ligat berencana apa yang perlu dilakukan untuk hari ini. Air dibuka, badan dibasahi dengan titisan air sambil putung rokok masih menyala. heh. Selesai lunch dirumah hasil masakan kak ratih (mee goreng je pun), terus pacu kereta untuk ke studio. sesi bekerja bermula.

Lakaran demi lakaran dibuat untuk menyiapkan storyboard film dan project terbaru. Timbunan kerja setinggi everest saya lihat dengan senyuman, syukur. Kurang-kurang, saya masih punya kerjaya untuk dibereskan, tidak seperti segelintir dari kita yang masih berusaha untuk menapak demi mencari sesuap nasi dan sebatang rokok.

Bila lihat semua ini, teringat aku kepada kisah lama bila mana kali pertama aku membuka company ini. bila kali pertama aku cuba menapak dalam industri film tanahair. kenangan indah, dimana segala perih susah senang bersama. Ya, bukan mudah. aku memulakan semua ini dengan dua orang teman. semua ini bermula di restoran makanan segera mcdonalds.

tidak percaya?

semua bermula pada 24 oktober 2010. saya bersama dua orang teman saya sedang berdiskusi kosong sambil ditemani berkotak-kotak rokok dan air coca-cola yang boleh direfill secara gratis. dalam sesi itu, pelbagai topik bodoh diucapkan sambil diselangi dengan gilai ketawa dari kami bertiga. staff mcdonalds pandang sahaja, sudah biasa rasanya dengan kami yang hampir setiap malam disana.

jam 3 pagi, kami masih disana. dengan berbekalkan buku conteng dan pena, kami mula menulis dan melukis, harap dapat temui sesuatu ilham disebalik rutin bodoh ini. tipa-tiba salah seorang dari kami terdetik sebuah ini untuk membina empayar kami sendiri. alasan, kami sudah penat dengan pemainan orang luar yang banyak menjajah fikiran anak muda negara ini untuk mengikut cara mereka, buka adat kita.

Movement.

Itu kalimah magis untuk malam itu. ya. kami bercita-cita untuk membina empayar youth movement supaya kami dapat membantu golongon ini melakukan sesuatu untuk mengubah diri mereka, bukan berharap ada pihak tertentu datang dan menyuap bantuan. bermula detik itu, kami mula menyenaraikan apa yang boleh dilakukan untuk menjadikan idea ini satu realiti. dan akhirnya, kami memilih bidang film sebagai medium untuk kami menyampaikan suara kami.

hari ini, dari kami bertiga, cuma saya dan teman saya seorang sahaja yang bertahan. seorang lagi sudah meninggalkan kami, mungkin dia ada jalan sendiri untuk meneruskan impiannya. tapi saya tetap disini, mahu meneruskan impian kami untuk membina empayar saya sendiri supaya suatu hari nanti, suara anak kecil ini bisa didengari oleh dunia.

ya, saya tahu bukan mudah. tapi kalau kita tidak bermimpi, impian tidak bisa jadi kenyataan bukan? jadi tidak salah saya katakan, saya syukur, sehingga ke detik ini, impian anak kecil ini dua tahun dahulu, kini sudah nampak rangka untuk berjaya. biarpun masih jauh, saya optimis yang apa yang saya lakukan setakat ini, berhasil.

penjalanan ini masih jauh, masih berliku untuk saya dan pasukan. tapi yang saya pasti, walau sukar mcm mana pun, tiada yang mustahil diatas mukabumi Allah ini. Saya bersyukur kerna saya mempunyai pasukan yang sentiasa ada untuk saya, dalam menjadikan impian kami semua satu kenyataan, suatu hari nanti. Saya sentiasa berpegang yang rezeki itu datangnya dari Ilahi, kita sebagai hambanya perlu berusaha tegar dan sentiasa bertawakal doa kepadanya. Jadi tak perlu takut kan?

Sini dulu ya. Harap esok masih ada untuk jari ini terus menari ligat diatas papan kekunci buruk ini.

Salam.
KH


Design a site like this with WordPress.com
Get started