Film Maker

Author Archive

KH Crazy Booth page siap!

Woot woot!!!!

Assalamualaikum…..

OK. harini KH dah berjaya siapkan KH Crazy Booth page kat blog KH. Kalau nak tengak ape ade kat sane, kalian boleh check dengan pergi kat sebelah atas kanan blog ni, press Gallery > KH Crazy Booth.

Apa itu KH Crazy Booth?

Hmm…nak explain in simple words, its actually a new product yang KH perkenalkan utk cater tak kisah lah event pape, wedding ke, graduation ker, annual dinner ke, prom night ker, birthday party ker, halloween party ker, akikah anak ke, sambutan hari raya aidilfitri ke, pape lagi la event. Pendek kata, apa saja event yang anda buat, KH Crazy Booth ada untuk anda menambahkan lagi keceriaan yg sedia ada.

Konsep KH Crazy Booth ini tidak sama seperti konsep photography yang sediada di Malaysia harini. KH develope konsep Crazy Booth ini lebih kepada santai dan kegilaan. Bermakna, anda berpeluang untuk membuat pose yang lebih ‘freestyle’ dan ‘happening’ sewaktu sesi ini berlangsung. Di tambah pula dengan props dari ‘KH Crazy Booth’, KH sure akan menambahkan lagi excited anda bila anda berada dalam KH Crazy Booth itu nanti. Setting KH Crazy Booth lebih kurang sama seperti studio photography yang ada dipasaran. Cuma KH Crazy Booth lebih canggih kerana ia lebih ‘mobile’, atau dalam bahasa melayunya, studio ini boleh bergerak kemana-mana (bukan bermakna studio ini ada kaki tau. KH yang gerakkan dia!). Name me a place, KH mampu siapkan studio ini dalsm masa setengah jam, dan anda akan berpeluang merasa pengalaman shooting seperti seorang supermodel atau super star di dalam studio yang mewah, di tempat anda sendiri! canggih kan?

Check out pages ‘KH Crazy Booth’ kat atas tu. And kalau berminat, don’t hesitate to drop me an email, atau lagi senang, just holla me, i will holla u back!

OK everyone, get ready for KH Crazy Booth!

Sign Off,
KH


KH Crazy Booth: Farhan Graduation!

This slideshow requires JavaScript.

KH Crazy Booth on demand!

This time, KH ke Setia Eco Park, Shah Alam untuk session ‘KH Crazy Booth’ bersama Farhan & family. Farhan is actually baru sahaja graduate from Degree in Accounting at IIUM. Graduation last week, but this time Farhan hire KH untuk shoot crazy booth bertemakan graduation untuk dia dan family dia.

After buat few study, KH sediakan beberapa props yg appropriate untuk session kali ini to make it more CRAZY. Sesi 2 jam ini dipenuhi gelak ketawa dan kecerian seisi keluarga farhan. They really enjoy themselves during the session.

KH nak mengucapkan terima kasih kepada Farhan & family diatas kesportingan anda semasa sesi 2 jam bersama KH. I’m so happy to know every single of u, especially Auntie Zainab yang sangat sporting dan kelakar sepanjang sesi Ahad lepas. I really hope kalian semua enjoy!

Testimonial dari client:
“….Thanks a lot KH. Good session. Mak aku cakap dia akan help promote KH kat kawan-kawan dia…” -Farhan

Sedikit photo semasa ‘KH Crazy Booth’ di rumah Farhan. Hope kalian enjoy. Nak lagi? tak cukup? Hire lah KH, nanti KH shoot bebanyak gambar kalian. then u will know how i can turn something ordinary, into extraordinary photo!












Sign Off,
KH


Twitter & Facebook

If Twitter and Facebook were school subjects, my parents would be so proud of me. -KH

Yup!

I’m agreed with statement diatas. KH pernah terfikir laa, masa KH muda-muda dulu (Oppss! saya sudah tua rupanya), KH memang malas nak belajar. Asyik ponteng class sebab tak suka belajar. suka main dari belajar. sebab KH memang tak suka belajar. suka berangan, imagine benda-benda pelik, melukis, conteng sana sini. Tapi yang penting, memang tak suka belajar. Kalau lah sesapa keluar je perkataan belajar, baca buku, buat kerja sekolah or buat latihan, slow-slow KH akan undur, tengok kiri-kanan, make sure everything clear, then cabut lelaju, gie padang cari kwn-kwn nak ajak main. punya la tak suka belajar kan?

17 tahun kemudian…

Harini sudah ada twitter & facebook. And KH admit, twitter and facebook is part of my life nowadays. KH tak boleh kemana-mana tanpa ada FB dan twitter. If not, hidup KH nnt boring, wondering ape la org update kat twitter or facebook KH time line tader tu kan. back to statement di atas tu, KH memang terfikir, kalaulah kat sekolah KH dulu ada subject twitter and facebook, KH sure score A+++! Sebab memang Kh addicted giler-giler with 2 benda ni. Even kalau org tak suruh pun, KH akan tetap update twitter and facebook tanpa jemu dan dedikasinya.

i just wondered, kalaulah dulu KH boleh rajin belajar mcm mane KH rajin update twitter and facebook, sure sekarang ni KH berjaya cipta theory yang lebih gempak dari Albert Einstein, sebab surely KH akan menjadi lebih genius dari dia! hakhakhak!

Promote diri:
Kalau sesiapa yang ada twitter atau facebook, boleh lah add KH kat account korang yer. nanti kita boleh sambung borak kat sana.

twitter.com/karloshazwan
facebook.com/carloshazwan

Sign Off,
KH


KH ke Canon????!!!!!

Apa? biar betul? KH dan tukar dari Nikon ke Canon? Erk!

Assalamualaikum…..

Salam Ahad buat semua pembaca, KH hope kalian semua enjoy weekend ini. Rest bebanyak tau, sebab esok dah nak start kerja semula.Harini KH tak kemana-mana. Nak rest jer selepas semalam Kh buat shooting di sekitar KL selama 12 jam! Tak percaya? KH tak tipu la.Jup lagi KH cerita.

By the way, ada gossip mengatakan KH sudah berpaling tadah ke Canon. Habis? cmner dengan Nikon KH yang telah berbakti selama 6 tahun tu? Mcm mane KH boleh berpaling tadah ni? Apakah punca nya? Siapakah penyebabnya? Erk!

hmm….

Korang ni tak habis-habis gossip kan? memang suka bergossip ya. hihi. Takdelah, sebenarnya semalam KH telah pergi ke Canon Photomarathon Malaysia 2011 kat Pavillion KL. It’s like a photo competition + marathon (jangan tanya part marathon, KH pancit teruk semalam). CPMM2011 its actually an annual event by Canon, memang tiap-tiap tahun dorang buat. Tapi KH join event ini buat kali pertama, sebab selama ini KH tak dapat nak join sebab busy dengan shooting. Lagipun KH dan set dengan kawan-kawan photographer utk join CPMM2011 semata-mata untuk buat reunion. Yelah, masing-masing busy dengan kerja masing-masing, semua sekarang shoot keliling dunia, so masa yang ada ni, kitaorang dah janji utk join sambil buat reunion sama-sama. Dah lama pun KH tak shooting sesama dengan dorang. Last time, kalau tak silap is in 2008!


This is KH!


mereka ini tengah berebut angkat tangan sebab nak jawap soalan kat stage untuk mendapat FREEBIES!!!

From my personal opinion, i think Canon did a great job kali ini with their CPMM2011. Event yg teratur, well organized, plus tiada lagging dari segi pendaftaran masuk dan masa nak submit gambar. Plus, dorang sangat punctual with time, itu yang KH respect. Dari segi pengadilan, i have no issues sebab judges yang terdiri dari 7 super photographer di Malaysia ni. Dari segi tema, i would say, theme shooting CPMM2011 memang sangat mencabar dan menguji creativity para photographer yang join. memang bijak la siapa yang suggest theme utk shooting.

As for me, KH tak buat heavy shooting pun. KH datang with my 7D and 50mm f/1.8 (ya ya, saya tau saya dah pakai Canon, dan saya tau saya gila sebab saya datang event besar mcm ni dengan gadget yang tak seberapa). Memang masa event tu, rasanya KH jer yang paling simple. KH just pakai suar pendek, tshirt canon (ini adalah tshirt free. i love freebies!), and bawak 7D with 50mm tu dah melekat kat body. Beg? langsung tader. dalam pocket cuma ada wallet, blackberry dan air mineral sahaja. gila kan? 🙂 KH datang actually niat nak reunion jer sambil enjoy the competition with kawan-kawan. but deep inside me, KH memang nak cabar diri KH untuk composed gambar mengikut tema yang diberikan with this little 50mm ni jer. i love challenge!

Gambar KH?

Nantilah dulu. Once Canon dah umumkan pemenangnya nanti, KH akan tunjukkan gambar yang KH ambil. Bukan taknak tunjuk sekarang tau, tapi tak fair untuk orang lain nanti. Biar la judges settlekan part dia dulu sebab keputusan akan diumumkan pada 22 Oktober 2011 di Pavillion KL. Selepas itu, nanti KH akan up kan gambar KH yang tidak seberapa ni. Korang tunggulah okay!

Sign off,
KH


Travel photo, siap!

Wuhhuu!!!

Ehh… Assalamualaikum semua…

Hehehe.. sorry lah.. terexcited plak kan.. sebenarnya KH baru sahaja siapkan Travel Photo page seperti kat atas tu (sila klik button ‘Travel Photo’ kat atas tu).. its a compilation of travel photo KH selama KH travel pusing dunia ini.. seronok tau! and lagi seronok coz dapat captured photo yang cecantik kat negara orang..

Hope kalian semua enjoy photo kat travel photo page KH.. Dun worry, more to come.. Nanti KH akan tambah lagi photo kat dalam tu.. Tak larat nak sort out kat hardisk ni..banyak sangat and rambang mata.. hihihi..

Sign Off,
KH


Design a site like this with WordPress.com
Get started