rahsia ini, telah lama aku pendamkan
lama sudah saya tidak menulis disini. sigh.
bukan kerna kesibukan kerja atau jadual, tapi kerna rasa yang tidak kunjung tiba untuk menulis. bukan saya tidak mencuba. kalau dikira, bebelas kali juga rasanya draft file didelete kerna tidak punya rasa. mungkin kacau, mungkin bilau.
tapi kenapa hari ini?
seharian saya memikirkan mahu menulis sesuatu disini hari ini. tapi selepas memikirkan apa yang berlaku, saya jadi sangkut. susah mau menulis, sukar mau meluahkan segalanya. akhirnya, berbekal dengan jari-jemari beserta lagu ‘teman pengganti’ yang bermain secara repeat melalui beats detox ini, jadi terus menaip tanpa sebarang visi. hanya untuk menulis. itu sahaja.
nurkilan ini dijarikan disini atas dasar rindu mau berblog lagi. ya, saya memang suka bercerita. kadangkala 3 hari 3 malam takkan tamat, takkan habis. tapi bila melihatkan kembali kisah hidup saya yang telah berlalu, banyak perkara yang terjadi buat saya lemah untuk menulis kembali. terlalu banyak sentimental value yang menghalang saya untuk berkarya kembali disini.
karya.
alhamdulillah, dikala saya menekan papan kekunci ini, beberapa karya saya telah berjaya menemui 28 juta masyarakat negara ini. nurkilan dari cinematography telah membawa saya dan hasil kerja saya menembusi dinding yang menjadi penghalang saya berkarya dengan dunia luar, takut. saya ingin bercerita panjang, tapi saya tidak mau stress menguasai diri. takut draft ini dideletekan lagi.
tentang diri ini, alhamdulillah, saya bisa bernafas diatas bumi tahun yang luas ini. masih mampu memberi teman seangkatan minum dan roti canai, masih mampu memberi 2 ringgit kepada insan yang memerlukan ihsan saya. syukur.
tentang keluarga, mereka semua sihat. dan yang paling penting, kini saya berbangga kerna mereka juga bangga dengan kejayaan saya. mungkin kejayaan saya tidak besar pada segelintir mereka diluar sana, tapi pada keluarga saya, mereka sudah berbangga dengan saya. itu sudah cukup untuk saya. saya tidak memerlukan pujian dari orang lain, cukup dengan kedua ibu bapa saya merestui apa yang saya lakukan, dan keluarga besar saya memahami dan berbangga dengan hasil karya saya yang tidak seberapa ini. alhamdulillah.
tentang kerja, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya, saya mampu berdiri dengan kederat saya sendiri dalam menjalani kehidupan sebagai hambanya yang normal dan taat. dan syukur juga, saya mempunyai bulatan teman yang sentiasa berada dibelakang saya menolak supaya saya maju lebih jauh, tapak demi tapak.
Syukur ini hanya tuhan sahaja yang membalas setiap peluh dan nasihat mereka agar saya terus maju.
saya ingin menulis lagi. nanti saya ceritakan kepada kalian semua tentang karya-karya saya yang telah hasilkan. saya cuma mahu berkongsi, dengan harapan ada insan yang bisa membaca penulisan ini, dan belajar sesuatu darinya.
sampai sini dulu.
Salam.
KH
Eid Mubarak 2012
Salam.
1st of all, saya nak ucapkan Salam Aidilfitri kepada semua umat islam yang menyambut tahun ini. Macam mana ibadah kalian semua? Hopefully semua berjaya melaksanakan Rukun Islam ke-3 ini dengan flying colors!
Alhamdulillah, saya berjaya melaksanakan ibadah puasa tahun ini dengan jayanya. Maklumlah, dugaan tahun ini lebih kuat. Menjadi Director kepada 2 music video dari Universal Music Malaysia dan Sony Music Malaysia memang mencabar kreadibiliti saya sebagai umat islam. Shooting di bulan puasa ini, Allah sahaja yang tahu dugaan dahaga dan lapar sambil shooting di tengah panas. Dahaga!
Tahun ini saya beraya bersama keluarga tercinta di Shah Alam. Sambil beraya, kami dengan sukarelanya mengadakan sesi shooting gambar raya sekeluarga bersama di Seksyen 8, Shah Alam.
Seronok. Selepas masing-masing busy dengan kerja sepanjang tahun ini, kami have fun together semasa sesi shooting dijalankan. Terima Kasih kepada Azmie Sulaiman kerana sudi membantu saya dalam sesi shooting ini (Yelah, kalau saya shoot sendiri, mcm mane nak masuk dalam gambar kan? hehe)
Actualy, banyak lagi gambar yang tak masuk lagi kat sini. Tapi still kalian semua boleh folo semua hasil kerja KH di Facebook KH. LIKE jer, then dah boleh tatap most of my works there.
Don’t worry. kepada yang sentiasa menyokong kerjaya saya selama ini, saya akan try update selalu blog usang ini. Tapi sebelum update, saya sekarang sedang cuba untuk meng-register domain baru untuk blog saya ini. Yelah, link .com yang yang lama dah tak boleh digunakan atas sebab-sebab yang tertentu. So now, still sedang mencari nama yang sesuai untuk register nama link baru. Once dah dapat, saya akan announce disini okay!
Saya malas nak membebel panjang lagi. Kalian enjoice lah gambar family saya kali ini ya!
Salam.
Sign off,
KH
Book of LOVE 2012
Salam.
Yeay! hari ni terajin nak update blog, tapi content lama *content pun bersawang?*. Bukan ape, dah 3 bulan kan tak update blog, so surely ade lubang sana sini yang KH akan ‘tiba-tiba’ je teringat tapi tak jot down kat sini.
Book of LOVE 2012
Okay. dis is actually a short film project yang KH buat bersama dengan team LOULpop. Love short film, and KH buat ni masa bulan February lepas. Yup, orang akan ckp Valentine la, ape la kan, but who cares. Asalkan kita tau niat yang kita buat ni hanya untuk satu kepuasan seni, so why bother bout others kan?
Melalut pulak. Sorry. Okay, back to our topic, short film ini adalah debut short Film directed by Farra Olivia. Yup, to be honest, memang idea asal dari KH, storyboard dari KH, dan sepatutnya, KH yang direct film ini. Tapi memandangkan KH ‘terpaksa’ menjadi aktor utama short film ini *ewah, nak jadi pelakon plak?* so KH terpaksa menyerahkan tukar directing kepada Farra Olivia.
Book of LOVE is a very simple love story. Ia berkenaan seorang lelaki yang mencari cinta, dan akhrnya menemui cintanya melalui sebuat buku. “LOVE have no definition, so put aside reality and just enjoy the journey of LOVE with us”, ini kata Farra Olivia.
Tengoklah berkali-kali tau kalau terasa mau jatuh cinta semula.*haha, ini adalah trick untuk mendapatkan byk hit kat Youtube*. KH harap dis not going to be the last. Doakan banyak lagi karya KH yang akan di paparkan disini. Sampai kita semua ketemu lagi, Salam.
Sign off,
KH
2012, masih belum sempurna
Salam,
Genap hari ni, cukup 3 bulan 14 hari KH tak update blog. Wow! sangat pemalas lah saya. *hikhik* hmm.. ok.. otak sudah beku, jadi agak kekurangan idea untuk menulis, sebab asyik-asyik mengadap photoshop, finalcut, imovie, ipad, instagram jer sejak dua menjak ni. jadi blog ini sudah agak terbiar *kesian*.
oklah. lemme update sedikit sebanyak apa yang KH sempat ingat sepanjang 3 bulan tak menulis disini *wah, berhabuknya blog ni!* ok. 1st of all, syukur alhamdulillah, studio KH berjaya dilancarkan pada 15 Januari 2012 tempoh hari *clap clap*. Yup, studio KH dirasmikan oleh salah seorang YB kat KL ni, and kemudian disusuli pameran gambar dari student Youth Photocamp KH sendiri. And alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
2ndly, now studio KH dah fully operating. Dah ada staff sendiri, cleaner sendiri, accountant sendiri, tea lady sendiri, designer sendiri, admin sendiri, marketing manager sendiri, dan pak guard sendiri *haha. tipu jer. semua tu sebenarnya KH buat sendirilah!* . Operating hours untuk studio KH tiada limit. coz most of time KH sentiasa kat studio KH sekarang ini. so kalau sesiapa yang nak drop by dan singgah minum nescafe dgn KH, im most welcome u all semua datang.
Next, now KH busy membuat directing. yup. saya adalah director sekarang ni *jangan riak jangan riak. haha!* And alhamdulillah, production house yang KH impikan selama ini bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi. start dengan kecil-kecil dulu. now KH busy dengan project music video dengan beberapa artist terkenal tanahair. disamping itu juga, syukur alhamdulillah, KH sudah mula memproduce short movie sendiri untuk KH direct utk tahun ini. Nanti bila semua dah siap, KH akan share dengan kalian semua ya!
Utk photography, KH terpaksa posponed niat KH untuk melawat Europe. Bukan apa, tapi untuk schedule KH dari awal tahun sehingga bulan Ramadhan, KH dah FULL *amboi, jangan riak laa..* memang benar, KH telah full sehinggan Ramadhan. Ini adalah semua akibat dari sebab-sebab diatas *tulah, sapa surah menggatal nak direct film, kan dah busy. padan muka!* jadi untuk peminat KH di benua Eropah, insyallah, kalau ada rezeki, KH akan ketempat anda pada bulan September 2012. Yup, so far selepas raya, KH ada sedikit time free untuk take 5 sebelum start busy sehingga pertengahan tahun 2013.
Apa lagi yea? wajah terbaru KH. hmmm *malu laaa..* Okaylah, KH update sedikit gambar yang KH shoot sendiri kat studio KH semalam. Hope dapatlah kalian hilang kan rindu kalian pada KH kan *amboi, mcm Aaron Azizi plak kan?*

2012, masih belum sempurna -KH
Sampai sini dulu. Nanti kalau ade bahan, KH update lagi blog KH yang memang sudah bersawang ni. ok guys, thanks sebab masih sudi membaca!
Sign off,
KH















